UPSI, 14 Oktober – Buat julung kalinya, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengajurkan Anugerah Akademia (A2U) sebagai wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik UPSI yang telah mengharumkan nama universiti dalam pelbagai bidang ilmu.
Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohamad Shatar Sabran berkata, A2U diadakan bagi meraikan sambutan Hari Akademia Negara, memartabatkan kesarjanaan Akademia UPSI bagi merealisasikan konsep 3R (Referred, Relevant and Respected), meningkatkan keberhasilan produktiviti ahli akademia melalui penghargaan yang diberikan oleh pihak Universiti dan seterusnya menempa nama di peringkat tertinggi dan ke arah meningkatkan Ranking UPSI dalam QS Ranking melalui kriteria penganugerahan.
“Melalui anugerah ini, pihak jawatankuasa Universiti yakin ianya dapat menaikkan semangat dan motivasi warga akademik untuk meningkatkan imej Universiti selari dengan agenda menjadikan UPSI No 1. Pendidikan,” katanya pada satu sidang khas sempena pelancaran pencalonan anugerah tersebut di Facebook rasmi Universiti.
Tambah beliau, bagi menarik minat golongan akademia menyertai pertandingan tersebut sebanyak 55 anugerah akan dipertandingkan melibatkan hadiah bernilai sehingga RM 100,000.00 sekaligus dapat menonjolkan kehebatan, kaedah dalam pelbagai kategori, mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, termasuk bidang penerbitan, khidmat masyarakat dan kesukarelawanan.
“Anugerah ini juga selari dengan kreteria Anugerah Akademik Negara (AAN) sekaligus pemenang dari anugerah tersebut bakal diangkat ke persada nasional dan antarabangsa,” ucap beliau.
A2U mempertandingkan 3 kategori pencalonan iaitu Anugerah Utama (18 anugerah), Anugerah Kebitaraan Pusat Tanggungjawab (10 anugerah) dan Anugerah Kecemerlangan Akademia (27 anugerah). Tarikh pencalonan adalah dari 9 Oktober hingga 30 November 2020 manakala majlis bakal berlangsung pada 21 Januari 2021.
#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #upsino1pendidikan #upsino1education
#Malaysiamembaca #upsithenextlevel #kitajagakita #StayHome
—
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UPSI NO.1 PENDIDIKAN | UPSI NO.1 IN EDUCATION