Buat julung kalinya Pusat Kebudayaan UPSI menganjurkan program Jam on Demand PKPB@UPSI pada 2 Disember 2020 mulai jam 8.30 malam hingga 10.00 malam.

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif kepada mahasiswa yang berada di kampus semasa tempoh PKPB menguruskan tekanan yang mungkin timbul ekoran daripada situasi semasa.

Mahasiswa atau penonton boleh berinteraksi secara langsung dengan para penyanyi dan pemuzik serta mengajukan permintaan lagu yang mereka inginkan pada siaran program yang akan datang.

Program ini diadakan di Studio P. Ramlee dan disiarkan secara langsung dari dalam talian menerusi platform media sosial Facebook Pusat Kebudayaan. Program ini diserikan oleh tiga orang penyanyi iaitu Muhamad Fakhrullah Farrok dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Nurul Nabilah Zulkefli dari Bahagian Hal Ehwal Akademik dan saudara Mohd Firdaus Salleh yang merupakan mahasiswa Fakulti Muzik & Seni Persembahan.

Program ini mencatatkan lebih 1200 tontotan, 332 komen dan 145 tanda suka daripada penonton.

Program ini juga adalah salah satu penanda aras di UPSI khususnya dan universiti awam amnya bagi penganjuran program secara dalam talian yang melibatkan penataan audio lebih daripada sekadar ucapan.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI