Tanjong Malim

Profesor Dr. Marzita  Puteh dilantik sebagai Timbalan Naib Cancelor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang baharu berkuat kuasa 1 Disember 2020 sehingga 30 November 2023.

Pelantikan pensyarah yang juga pakar bidang pendidikan matematik, di Fakulti Sains & Matematik, itu bagi menggantikan YBrs. Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani  bin Hamzah, yang bersara wajib 60 tahun.


Prof. Dr. Mazita,60, berkhidmat dengan UPSI selama 20 tahun di pelbagai peringkat pengurusan, akademik dan penyelidikan serta penerbitan.

Beliau adalah penggerak penting yang berperanan dalam meningkatkan penarafan UPSI sejak lima tahun berturut-turut menjadi Pengarah Penerbit.

Prof Dr Marzita turut memberi komitmen membantu kedudukkan UPSI sehingga melonjak ke tangga 281-290 terbaik di Asia daripada 350-400 pada 2017 iaitu terbaik dalam kalangan 634 institusi Pengajian Tinggi di Asia.

UPSI berharap dengan pelantikan sebagai  TNCAA yang baru dapat terus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelanjaran Universiti.

Sejajar dengan hasrat dan matlamat Pelan Strategik UPSI 2025 untuk menjadi sebuah Universiti No.1 Pendidikan terkemuka di dunia.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran  mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) atas pelantikan tersebut dan merakamkan penghargaan kepada YBrs.Prof. Dr. Mohd. Sahandri Gani Hamzah atas segala khidmat dan kepimpinan sepanjang menyandang jawatan tersebut sejak 1 Januari 2015 hingga 31 Januari 2020 lalu.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)