TANJUNG MALIM: Penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah warisan daripada Sultan Idris Training College (SITC) for Malay Teachers.
Penubuhan SITC diilhamkan oleh Richard Olaf Winstedt (R. O. Winstedt) yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat & amp; Negeri-negeri Melayu Bersekutu menerusi laporannya yang disiarkan dalam tahun 1917.
Antara lain beliau mencadangkan agar sebuah maktab perguruan didirikan di Perak bagi memperluaskan skop pendidikan di negara ini.
SITC dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Nama Sultan Idris adalah diambil sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah, iaitu Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara 1889-1916. Cadangan nama ini diperkenankan oleh Sultan Abdul Jalil Shah pada 26 Mei 1917.
SITC didirikan di satu kawasan lembah yang subur di atas tanah seluas 64 hektar di kaki Banjaran Titiwangsa. Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina Belanda ala Gothic zaman pertengahan.
Kumpulan penuntut yang pertama berjumlah 120 orang (semuanya lelaki) berasal dari Negeri-negeri Selat & Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan tenaga pengajar seramai 14 orang. Pada tahun 1912, Pengetua pertama telah memulakan tugas di SITC iaitu Oman Theodore Dussek (O. T. Dussek) yang berasal dari England.
Penubuhan SITC dianggap sebagai suatu cetusan era yang menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu.
Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat, Sir Wolffe dalam ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa hari tersebut menandakan hari bersejarah bagi orang-orang Melayu kerana ia merupakan titik tolak dalam perkembangan pendidikan vernakular Melayu.
Menurutnya lagi, orang-orang Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar, serta penghargaan yang tidak ada tolak bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu.
Katanya lagi, biarpun pelajaran Inggeris penting bagi mencapai hasrat untuk memperolehi kedudukan yang tinggi dalam masyarakat, namun pendidikan dalam bahasa Melayu merupakan tapak pertama dalam mengenali erti hidup yang sebenar.
Bertitik tolak daripada sejarah 4 era SITC, MPSI, IPSI, UPSI yang akan berusia 100 tahun pada tahun 2022, MPN telah mengiatkan kerjasama dengan semua pihak dalam mengalakkan konsep pembelajaran melalui artifak dan bahan warisan sejarah kepada umum.
Pada 13 November – 18 November 2021, MPN UPSI telah merealisasikan konsep pembelajaran menerusi warisan sejarah sebagai satu medium pembelajaran dengan kerjasama Pengajian Seni Bina, Jabatan Seni Bina, Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM.
Menurut Prof. Mayda Dr. Nayeem Asif, kerja lapangan bagi kursus AAR 3102 Pengajian Warisan 1 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg. Malim, Perak, merupakan mata pelajaran teras dalam program Sarjana Muda Sains dalam Pengajian Seni Bina yang ditawarkan oleh Jabatan Seni Bina, Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM.
Ia merupakan kursus akhir dalam program ini dan hanya ditawarkan pada Semester 1 dan 2 hingga pelajar tahun akhir/ tamat pengajian. Kursus Heritage Studies ialah kursus berasaskan kerja berkumpulan. Ia melibatkan dua bahagian utama; kerja lapangan (2 minggu) dan dokumentasi kerja lapangan (8 minggu).
Kerja lapangan dilakukan dengan kerjasama Muzium Pendidikan Nasional UPSI pada minggu ke-3 Semester 1 2021-2022. Pelajar menjalankan kajian warisan ke atas 3 bangunan warisan yang telah dipilih. Kerja lapangan mengambil masa 6 hari untuk disiapkan.
Pelajar dikehendaki mengukur, merekod dan menganalisis aspek fizikal bangunan dalam konteks budaya dan sejarahnya.
Menurut Prof. Dr. Tajul Shuhaizam, ini bertepatan dengan konsep Experiential learning yang boleh didefinisikan sebagai proses pembelajaran dan bagaimana pengetahuan diciptakan melalui perubahan bentuk pengalaman tersebut.
Pengetahuan dan kombinasi pemahaman serta mentransformasikan pengalaman selari dengan Model Experiential Learning, David Kolb (1984). Experiential learning ini adalah proses belajar, proses perubahan yang menggunakan pengalaman sebagai media belajar atau pembelajaran.
Experiential learning adalah pembelajaran yang dilakukan melalui refleksi dan juga melalui suatu proses pembuatan makna dari pengalaman langsung.
Terdapat empat langkah dalam experiential learning untuk proses pembelajaran yang digunakan sebagai penelitian iaitu: 1) concrete experience (emotions), 2. reflective observation (watching), 3. abstract conceptualization (thinking) dan 4. active experimentation (doing).
Selain daripad itu menurut Prof. Dr. Tajul Shuhaizam, kerjasama strategik MPN UPSI dan Institut Pengajian Tinggi serta pihak yang berkepentingan menjadi salah satu teras objektif penubuhan MPN UPSI sebagai pusat sumber maklumat kepada pelajar, penyelidik dan orang ramai mengenai pendidikan di Malaysia dan antarabangsa serta memelihara dan memulihkan harta warisan pendidikan di Malaysia sama ada dalam bentuk ketara atau tidak ketara melalui penyelidikan dan pembangunan yang berasaskan pada warisan pendidikan negara.
Menurut Pengarah MPN UPSI, pemilihan 3 Bangunan bersejarah di UPSI sebagai satu fokus penyelidikan dalam bidang seni bina merupakan satu inisiatif yang sangat bertepatan kerana ianya dapat memberikan satu sudut pandang baharu kepada penyelidik bagaimana elemen seni bina Barat diadaptasi ke persekitaran tempatan.
Bangunan SKTM, pada asalnya dikenali sebagai sekolah latihan SITC, kemudian dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM). Ia diperbuat daripada kayu dan menyerupai reka bentuk sekolah kolonial British.
Pada tahun 1930, sekolah ini telah dibuka oleh Cikgu Lembang, iaitu, guru besar dan ia terletak di dalam kampus lama UPSI.
Ia telah menjadi sekolah latihan mengajar SITC untuk pelajar prasiswazah sebelum mereka ditempatkan untuk mengajar di sekolah. merupakan lokasi kajian kepada pelajar kuliah senibina UIAM.
Manakala bangunan kedua iaitu Rumah tamu pernah menjadi pangkalan tentera British semasa perang dunia II dan juga sebagai rumah kepada tenaga pengajar di SITC pada masa lalu.
Turut menjadi lapangan kajian bagi pelajar mengkaji keunikkan seni bina tersebut. Seterusnya adalah Rumah Pengetua MPSI diperbuat daripada kayu dan dibina antara tahun 1919 hingga 1922. Ia pada ada asalnya dirancang untuk digunakan sebagai kediaman Timbalan Pengetua SITC tetapi akhirnya digunakan sebagai kediaman pensyarah Inggeris.
Menurut Prof Madya Dr. Nayeem lagi selepas kerja lapangan, pelajar dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka dalam lukisan terukur, laporan, poster, katalog, model dan video bangunan. Kesemua ini akan berakhir dengan pameran pada penghujung semester di UIAM.
MPN UPSI berharap agar inisiatif kerjasama dengan pihak luar dapat menjadikan MPN UPSI di antara muzium yang dirujuk terutama berkaitan isu pensejarahan pendidikan di Malaysia.
Di samping itu juga Muzium Pendidikan Nasional telah melancarkan 2 kempen sempena Sambutan 10 Tahun MPN iaitu Kempen Derma Artifak dan Kempen Volunteer Muzium Pendidikan Nasional yang mana mempelawa seluruh masyarakat untuk turut serta dalam kedua-dua kempen ini dengan melayari laman sesawang MPN UPSI.
-Sabah 360 online