- oleh: Muhamad Fakhrullah Farrok (Pegawai Kebudayaan UPSI)
Kelab Kesenian dan Kebudayaan Kakitangan UPSI atau ringkasannya KESAKTI di bawah penubuhan Pusat Kebudayaan UPSI telah berjaya mengadakan 4 Program keseiaan kebudayaan antaranya adalah Bengkel Kompang , Nasyid Gamelan dan Teater pada 14,15 dan 17 Februari 2022 bertempat di Dewan Sri Tanjong dan Blok A Bangunan Pusat Kebudayaan UPSI.
Objektif penganjuran bengkel yang telah dihadiri oleh Kakitangan UPSI ini bertujuan untuk memperkukuh keinsanan yang diterjemahkan melalui penglibatan Kakitangan, Menjadi medium alternatif kepada kakitangan untuk menguruskan emosi (tekanan) disamping dapat membentuk warga kerja yang dinamik melalui keterlibatan dalam aktiviti yang sihat dan bermanfaat.
Melalui Rangka Tindakan Strategik 2022 “Keutuhan Modal Insan” UPSI akan terus memacu usaha dan inisiatif ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek , Rohani, Emosi dan Jasmani sejajar dengan falsafah kebangsaan negara dan matlamat pendidikan negara.