- oleh: Ludang Anak Ingun (UKLK)
Tanjung Malim, 27 Mac 2022 – Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) melalui Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Majlis Mahasiswa Luar Kampus sidang 2021/2022 menganjurkan program Generating Income Through Social Media: International Perspective secara dalam talian.
Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Madya Dr. Mohd Asri bin Mohd Noor berkata melalui penganjuran program tersebut, UPSI dapat memberi pendedahan dan inspirasi kepada mahasiswa untuk menjana idea kreatif dalam meningkatkan nilai dan juga kualiti sesuatu konten yang akan dihasilkan dalam media sosial disamping membantu menjana pendapatan sampingan peserta. “Hal ini demikian kerana, para mahasiswa dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan alam maya ke arah kebaikan termasuk menjana pendapatan,” ucap beliau semasa merasmikan program tersebut menerusi siaran lansung di laman Facebook Rasmi UKLK.
Program yang berlansung selama satu jam tiga puluh minit ini disampaikan oleh Sir. Ahyar Rosyidi. Beliau merupakan seorang Social Media Marketing Strategist yang terkenal di Indonesia dan dijemput khas bagi berkongsi ilmu mengenai teknik-teknik menjana pendapatan melalui media sosial. Tajuk perkongsian beliau adalah Digital Marketing, Storytelling dan Menjana Ringgit Melalui Platform Sosial Media. Hadir sama pada program berlansung ialah Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus, Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani bin Che Kob.
Program ini telah mendapat 820 tontonan di Facebook Rasmi Unit Kediaman Luar Kampus, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tuntasnya, program ini telah berjaya menginspirasi peserta untuk menggunakan media sosial ke arah yang lebih bermanfaat terutama bagi mereka yang berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan semasa di kampus. Kesan dari program ini juga akan menjadikan peserta lebih kreatif dalam menghasilkan video berkualiti.