oleh: Nurul Asyiqin binti Mardani (UKLK)

TANJONG MALIM, PERAK – 28 Mei 2022, Exco Komuniti Setempat dan Kesukarelawan, Majlis Mahasiswa Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program International Webinar: How to be a Good Volunteer secara dalam talian menerusi Facebook Live dan Google Meet. Program perkongsian ilmu peringkat antarabangsan ini menampilkan dua tokoh dunia kesukarelawan iaitu CR. Hj Hishamuddin bin Hj Abdul Rahman daripada Malaysia dan Mr Sohag Mohajon daripada Bangladesh.

Cr. Hj Hishamuddin bin Hj Abdul merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Kerjasama Luar & Antarabangsa, Institut Aminuddin Baki, Pahang mempunyai pengalaman selama 25 tahun. Beliau merupakan MsC Counseling, BeD TESL, Dip TESL dan juga Pengarah Bulan Sabit Merah Negeri Pahang. Antara pencapaian yang beliau pernah menangi ialah Pemenang Anugerah Kepimpinan Belia Dunia Khatmandu Nepal pada tahun 2019 dan Penghargaan IPGKTAA-Penerimaan APC 2019. Selain itu, beliau juga terlibat dalam program kesukarelawan seperti sukarelawan pemberian vaksin di kampung orang asli, program kesukarelawan Pendidikan Lenjang serta beliau juga berkhidmat di TAB dan IPGKTAA.

Mr Sohag Mohajon, Pengarah Urusan Hridoy Pump dan Machinery dan MARS Development & Construction Ltd sebagai panel kedua

Mr Sohag Mohajon, Pengarah Urusan Hridoy Pump dan Machinery dan MARS Development & Construction Ltd di Bangladesh. Beliau mempunyai kelulusan dari Universiti Jagannath dalam Ijazah bidang Ekonomi. Beliau pernah bekerja sebagai Penolong Penerbit untuk syarikat pertama di Bangladesh melalui saluran satelit ATN selama lima tahun. Selain itu, beliau juga merupakan Setiausaha Agung Majlis Pembangunan Lestari Belia Global (G.Y.S.D.C), Ketua Penyelaras Majlis Belia Bangladesh, Ketua Eksekutif Clean River Bangladesh dan Setiausaha Agung Dhaka Youth International. Sebagai Setiausaha beliau telah aktif selama 14 tahun dalam Pembangunan Belia, Hak Asasi Manusia. Selain itu, beliau juga pernah memenangi beberapa anugerah antaranya ialah, Anugerah South Aisan Peace Award (Y.D.C) National Youth Icon, dan anugerah International Youth Committer (I.Y.C) pada tahun 2019.

PM DR. Mohd Azlan bin Nafiah, Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI, dalam ucapan perasmian berkata, “program International Webinar: How to be a Good Volunteer adalah salah satu insiatif perkongsian ilmu yang bermanfaat. Program ini merupakan kerja sukerala yang dianggap sebagai kerja tanpa gaji dimana anda akan meluangkan masa dan tenaga tetapi tidak mengharapkan balasan. Sukarelawan juga dalam erti kata lain, adalah dapat mempelajari kemahiran sosial terhadap diri sendiri dan mempunyai pengalaman yang berguna,” jelasnya.

PM DR. Mohd Azlan bin Nafiah selaku Pengarah Pusat UCTC UPSI sebagai perasmi program
CR. Hj Hishamuddin bin Hj Abdul Rahman A.M.P Pensyarah Kanan, Jabatan Kerjasama Luar & Antarabangsa sebagai panel pertama..

Sepanjang program berlangsung, para pelayar Facebook UKLK bukan sahaja mendapat ilmu dan inspirasi daripada pengalaman-pengalaman para panel malah didedahkan juga kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan sewaktu program kesukarelawan selari dengan objektif program iaitu untuk memberikan pendedahan mengenai kebaikan dan manfaat yang diperolehi apabila menjadi sukarelawan.

Penyertaan program adalah terbuka kepada semua mahasiswa UPSI, IPT/IPTS dan masyarakat umum.  Program yang telah berlangsung selama tiga jam ini telah mendapat sambutan yang baik di mana mencapai jumlah tontonan sebanyak 730 dan telah dikongsi, komen dan disukai sebanyak 241 pelayar Facebook UKLK.

Pengarah program, saudari Norshafikah binti Md Norisan menyifatkan program ini adalah satu platform perkongsian ilmu kepada semua peringkat masyarakat yang boleh membantu pelajar bahawa kesukarelawan dapat mengembangkan kemahiran sosial dalam pembelajaran mereka. Selain itu, melalui khidmat masyarakat, pelajar dapat memperoleh pengalaman dunia yang sebenar dan mengamalkan tabiat penting seperti dalam kepimpinan, penyelesaian masalah dan pengurusan masa, ujar beliau.

Program International Webinar: How to be a Good Volunteer ini diharap dapat mendorong semua lapisan masyarakat untuk menjadi kesukarelawan yang baik. Kesimpulannya, banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita melibatkan diri atau menganjurkan kerja-kerja amal untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Setiap diantara kita seharusnya mencari peluang untuk menyertai aktiviti seperti ini sekurang-kurangnya sekali untuk merasai pengalaman dan tidak buta hati.

Program anjuran Exco Komuniti Setempat dan Kesukarelawan UKLK turut berkerjasama dengan rakan-rakan strategik iaitu Persatuan Sains Sukan dan Kejurulatihan (PSSK) Dan ResQ Siswa UPSI. Program ini turut mendapat sokongan daripada  Prof. Madya Ts Dr. Che Ghani bin Che Kob, Pengetua UKLK dan Felo Penasihat Program, En Mohd Raizol bin Ramli, Felo-Felo UKLK dan barisan ahli jawatankuasa program.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)