oleh: Muhammad Shahrul Mizan bin Mohamed Nizam, Unit Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Penerbitan, IPS

MUALLIM 9 Mei 2022 – Demi mementingkan aspek kesihatan dan pengetahuan mendaki bukit
disamping aspek akademik, seramai 14 pelajar Program Pengajian Siswazah serta pelajar
antarabangsa bersama seorang instruktor program dan 3 urusetia dari Institut Pengajian Siswazah
(IPS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berganding bahu dalam melaksanakan Program Zeal
Booster Outdoor – Changkat Asa pada tarikh 19 Mac yang lepas.

Menurut Dekan Institut Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun, program
bertemakan pendakian bukit ini merupakan program anjuran Institut Pengajian Siswazah dengan
menyasarkan pelajar Program Pasca Siswazah bermatlamat mendedahkan kepada pelajar program
siswazah kepentingan menghargai alam sekitar di samping mementingkan aspek kesihatan mental dan
fizikal.
Menurut beliau, selain fokus terhadap pembelajaran di universiti, pelajar Program Siswazah juga
dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan semasa pendakian serta mengeratkan ukhwah antara
pelajar dan urusetia yang terlibat.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my