oleh: SITI MAISARAH BINTI MOHAMAD YAZID
EXCO PERHUBUNGAN AWAM DAN ANTARABANGSA,
MAJLIS MAHASISWA KOLEJ ZA’BA 2021/2022

Tanjong Malim – 11 Jun 2022, Kedatangan Raja Shahriman ke galeri seni Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah bersempena dengan Pameran Seni Antarabangsa
Moricle (MIAE). Raja Shahriman Bin Raja Aziddin, 55, merupakan tokoh seni arca
tempatan yang terkenal dalam arca besi.

Kedatangan beliau disambut mesra oleh pengarah Institut Peradaban Melayu iaitu Prof. Dr.
Tajul Shuhaizam Bin Said, Penasihat Program Dr. Norzuraina Binti Mohd Nor, pensyarah
UPSI Dr. Zainuddin Bin Abindinhazir dan Encik Lee Hoi Yeh serta pengarah program dan
beberapa ahli jawatankuasa pameran. Pameran ini dianjurkan oleh Katarsis Seni dengan
Kerjasama pelajar tahun akhir Kursus Pendidikan Seni dari Fakulti Seni Komputeran dan
Industri Kreatif (FSKIK) iaitu seramai 98 orang secara keseluruhan bersama Kolej Za’ba dan
Institut Peradaban Melayu (IPM). Pameran ini berlangsung bermula dari 1 Jun 2022 sehingga
30 Jun 2022 dan hari perasmian berlangsung pada pada 12 Jun 2022.

Program Pameran Seni Antarabangsa Moricle ini mendapat sambutan melibatkan penyertaan
dari dalam dan luar negara untuk melestarikan Seni Visual dalam kalangan penggiat seni
yang terdiri daripada pelbagai golongan khususnya warga pendidikan. Seramai 83 orang
pelukis dari latar belakang yang berbeza telah terpilih untuk mempamerkan karya mereka di
Galeri Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pameran ini menjadi satu medan perkongsian
ilmu pengetahuan dan penghayatan seni terhadap karya yang diekspresikan melalui tema

“Kebebasan”.Selain itu, pameran ini dapat membuka minda masyarakat tentang
perkembangan Seni Visual melalui bidang Pendidikan khususnya di Malaysia.

Pameran ini tersedia untuk tatapan secara langsung dan dalam talian melalui aplikasi
‘ArtStep’dan video pameran maya di saluran youtube. Pameran secara alam maya akan
mempamerkan keseluruhan karya seni 83 pelukis yang terdiri daripada 2 karya jenis arca, 1
karya tembikar manakala selebihnya merupakan karya seni halus. Karya-karya tersebut
mempamerkan tafsiran dan ekspresi pelukis terhadap makna ‘Kebebasan’.

Diharapkan program pameran sebegini dapat memberikan impak tinggi msekaligus
mengangkat seni sebagai sebuah medium perhubungan antara penggiat dengan penghayat
(masyarakat). Selain pameran secara langsung, pameran maya yang telah dibuat dapat
memberi nafas baharu kepada audiens disamping memperlihatkan karya yang dihasilkan
oleh pelukis dapat melonjak Seni Visual tanah air.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)