oleh: Hannatul Akila Esahak (Exco Publisiti dan Informasi, MMK, Kolej Ungku Omar UPSI.)

29 Mei 2022, Tanjong Malim, Perak –  Majlis penutupan dan perasmian program Lensa: Ekspresi Seni Negara telah diadakan secara atas talian untuk meraikan kejayaan program yang telah dijalankan bermula 10 Mei sehingga 29 Mei 2022. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Nizam bin Hj. Nasrifan, Pengetua Kolej Ungku Omar dan dihadiri barisan pentadbiran, felo-felo serta peserta-peserta dari jam 8.30 malam sehingga jam 9.30 malam.

            Program Lensa: Ekpresi Seni Negara ini merupakan program anjuran Exco Publisiti dan Informasi, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kelab Aspirasi Budaya, Universiti Teknologi Mara UiTM Kampus Puncak Alam, Persatuan Integrasi Media UPSI, Persatuan Persuratan Melayu UPSI serta Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M). Program Lensa: Ekspresi Seni Negara merupakan sebuah pertandingan yang bertemakan kenegaraan dimana ia diadakan untuk membuka peluang kepada setiap peserta dalam bidang penyuntingan fotografi dan penulisan. Setiap daripada peserta dapat menceburkan diri melalui kreativiti masing-masing yang melambangkan negara bagi memperkasakan ilmu dan kemahiran yang ada disamping dapat mendalami keunikan tanah air. Kaedah kajian dan pemerhatian yang perlu diimplementasikan untuk setiap penyertaan mampu menyemarakkan semangat kenegaraan dalam karya-karya yang bermakna.

Johan
Naib Johan
Ketiga

            Bagi kategori fotografi, johan ialah Muhammad Izzat Mat Harudin, naib johan Muhammad Najib Fikri bin Bastani, tempat ketiga Abdul Wafiy bin Kamarudin serta pemenang-pemenang saguhati iaitu Sahril Agus, Azyan Amira binti Amzzah dan Nur Amiera binti A Aziz. Bagi kategori penulisan puisi moden pula, johan ialah Sahril Agus, naib johan Puteri Seri Andalas, tempat ketiga Zuraikah Ismail dan pemenang-pemenang saguhati iaitu Diana Rinie, Felevinna Sineyai Amil dan Iqbal Daswarman.

            Semoga program yang diadakan ini dapat memperkasakan lebih banyak bakat individu dalam bidang fotografi dan penulisan. Kejayaan daripada jalinan kolaborasi di antara tiga buah universiti di dalam dan di luar negara ini juga diharapkan dapat menjadi batu loncatan kepada para mahasiswa untuk menganjurkan program yang lebih berimpak tinggi pada masa akan datang. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada para penganjur dan para pemenang. Semoga program sebegini dapat diadakan lagi di masa akan datang supaya dapat mencungkil lebih ramai bakat para pelajar sekaligus dapat menjadikan pelajar lebih proaktif sebagai seorang mahasiswa.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)