oleh: Nor Hayati Aziz (Pusat Ulul Albab)

17 Jun 2022 – Pusat Ulul Albab (PUA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima
kunjungan 15 orang delegasi daripada NGO (non-govermental organization) Skuad Az-Zahra
Care bagi membincang dan mendapatkan maklumat perundingan serta kolabrasi bagi
pelaksanaan program dan modul-modul yang ditawarkan oleh PUA UPSI.

Penyampaian Cenderamata


Antara topik yang dibincangkan adalah keperluan kepakaran dan jurulatih daripada PUA. Encik
Muhammad Sulaiman, Timbalan Pengerusi Skuad Az-Zahra Care dalam ucapannya berkata
beliau amat berbesar hati kerana PUA sudi menerima kunjungan delegasi mereka dan
menawarkan khidmat kepakaran dan berkongsi modul-modul terbitan PUA. Beliau dan
rombongan amat berminat mempelajari kaedah yang digunakan oleh PUA dalam menerapkan
keseimbangan antara aktivti dan pembelajaran yang mampu menarik minat terutamanya
masyarakat orang asli dalam aktiviti dakwah yang mereka anjurkan.


Menurut Prof. Dr. Abdul Halim Ali, PUA mampu menyediakan kepakaran daripada pelbagai
bidang dan perkongsian pembinaan modul juga dapat dilaksanakan mengikut keperluan
semasa. Hal ini selaras dengan penerangan daripada Dr Sakinah, penyelaras 1 yang
menjelaskan bahawa, PUA telah berjaya menjadi pusat latihan kepada pelajar menggunakan
elemen QEI serta pusat perkongsian latihan kepada pihak luar yang memerlukan khidmat
perundingan.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my