oleh: Muhammad Zafir Mohd Saman (Pusat Alumni UPSI)
Tanjong Malim – Pusat Alumni dan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah meraikan seorang graduan pemegang Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby. Penganugerahan ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai kejayaan graduan yang telah bergiat aktif dalam bidang kesukarelawanan, kepimpinan dan mempunyai sahsiah yang cemerlang. Majlis penyerahan pemegang anugerah Khas kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby ini, Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin (Timbalan Naib Canselor UPSI), Dr Siti Hartini Azmi (Pengarah Pusat Alumni), Prof. Madya Dr Abdul Talib Mohamed Hashim (Dekan Fakulti Pembangunan Manusia), dan Muhammad Nur Naim Abdul Rehman (Penerima Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby).
Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin dalam ucapannya, menasihati kepada Muhammad Nur Naim bin Abdul Rehman untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD kerana pada era ini, pelbagai peluang yang terbentang luas dan pelbagai cara untuk kita memohon bantuan bagi melanjutkan pelajaran jika kita tidak mempunyai wang yang mencukupi malah beliau jika berkongsi pengalaman beliau ketika usia remaja bahawa beliau tidak pernah jemu untuk meneruskan belajar sehingga ke peringkat ini. Muhammad Nur Naim perlu terus melanjutkan pelajaran dan menjadikan Anugerah Khas Kepimpinan Alumni Dr. Ahmad Sani Araby sebagai dorongan dan semangat untuk menjadi insan yang berguna kepada orang sekeliling. Malah, TNC HEPA juga menyatakan bahawa Pusat Alumni UPSI telah bekerjasama dengan Bank Islam, Proton dan MySutera.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan Majlis ini dengan jayanya. Muhammad Nur Naim Abdul merupakan satu-satunya graduan sempena Istiadat Konvokesyen kali ke-23 yang menerima anugerah khas kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby dan membawa
pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1000 berserta sejambak bunga. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan mantan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sidang 2019/2020 dan sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di UPSI. Muhammad Nur Naim mendapat sokongan penuh daripada Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan Dekan Fakulti Pembangunan Manusia yang turut hadir untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke
peringkat Doktor Falsafah apabila bergraduat kelak dalam pengajian Sarjana beliau dan kembali berbakti di Ibu Kandung Suluh Budiman suatu hari nanti.
Diharapkan melalui Majlis Penyerahan Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby ini, memberikan inspirasi kepada bakal graduan sekaligus menjadi titi kejayaan yang lebih gemilang kepada pemegang anugerah pada masa hadapan. Kejayaan tidak akan hadir tanpa usaha yang gigih