Menyedari kepentingan aktiviti luar yang perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) UPSI telah mengambil inisiatif untuk mengusahakan satu projek Taman Eksplorasi yang menyediakan pelbagai keperluan fizikal dan aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan.

Berkonsepkan edutorisme, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di sepanjang program PESKON kali ke 23 bermula dari 18 Jun sehingga 25 Jun 2022.   Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya ‘Sand Art Painting’, ‘Bubble Bom Play’, ‘Make Me Beauty’, ‘Stone Deco Art’ dan ‘Origami’.

Taman Eksplorasi Kanak-Kanak NCDRC buat julung-julung kalinya dibuka kepada umum bermula pada 18 Jun 2022. Taman yang dibina adalah untuk memperkenalkan kanak-kanak dengan dunia alam sekitar dilihat sebagai konteks yang sesuai untuk menyebarkan pengetahuan tentang aktiviti luar dan mempromosikan nilai alam sekitar di luar bilik darjah.

Walau bagaimanapun, beberapa kajian telah menarik perhatian kepada kesan pendidikan di luar bilik darjah terhadap perkembangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pendidikan yang melibatkan aktiviti luar dapat menyokong perkembangan kanak-kanak untuk belajar bukan sahaja tentang persekitaran, tetapi juga penglibatan bersama persekitaran luar yang melibatkan serta alam semulajadi.

Lokasi yang menarik, peralatan bermain fizikal yang selamat, serta suasana pembelajaran yang kondusif menjanjikan Taman Eksplorasi NCDRC sebagai salah satu tarikan permainan kanak-kanak berbentuk pendidikan persis taman tema kanak-kanak.

Selain mendapat tumpuan penduduk sekitar Muallim, taman eksplorasi turut beberapa pelawat dari Finland dan Slovakia yang menyifatkan sebagai penanda aras terbaik sebuah taska dan tadika bertaraf antarabangsa. Bukan itu saja, turut kehadiran maskot Mr. Hoot Hoot yang diperkenalkan sebagai daya tarikan mencuit hati apabila kepada kanak-kanak untuk bersuka ria bermain sambil belajar.  Kemuncaknya pada hari terakhir program penganjur mengadakan pertandingan mewarna dan pertunjukan fesyen yang disertai lebih seramai 100 orang kanak-kanak sekitar daerah ini.

Oleh: Prof Madya Dr Abdul Halim Masnan, Penyelaras Penerbitan, Jaringan Industri dan Komuniti,  Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)