Kuala Lumpur: Sekitar 22 hingga 24 Julai lalu telah berlangsung pameran projek tahun akhir bagi tiga program di bawah Jabatan Multimedia Kreatif (JMK) Fakulti Sains Komputer dan Industri Kreatif (FSKIK) iaitu Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Pengiklanan), Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Animasi), serta Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Permainan Digital) di Gamuda Mall Bukit Bintang (GMMB) Kuala Lumpur.
Tema pameran Visua Voce 2022 pada kali adalah reaching out yang mana ia memberi maksud membina jaringan usahasama bersama pihak luar samada komuniti mahupun industri. Kerjasama ini penting supaya kita boleh membangun serta dapat membina jaringan kerjasama mahupun berkongsi kepakaran supaya dapat saling mendapat manfaat.Pameran dan demonstrasi dari pakar akademik dan industri
Menariknya, selain pameran akhir pelajar tahun akhir dari Jabatan Multimedia Kreatif, JMK turut menganjurkan bengkel animasi dan video, forum bersama industri serta jualan seni dan kraf.
Menerusi penerapan kata kunci ‘jaringan’ seperti projek tahun akhir pelajar Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Pengiklanan) adalah projek penjenamaan semula dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Bagan Datuk. Sebanyak 8 pengusaha yang terlibat dalam projek ini yang terdiri daripada pelbagai perusahaan seperti makanan dan minuman serta perusahaan puyuh. Ini bukan sahaja membantu pelajar melalui ‘real-life’ projek malah membantu industry-industri kecil ini melalui imej yang baharu, pendekatan pengiklanan yang berbeza, seterusnya meningkatkan nilai tambah komersil produk mereka.
Real-life projek ini sedikit sebanyak membantu para pelajar akan realiti mengendalikan projek sebenar dengan memahami kehendak pelanggan, komunikasi, membina keyakinan diri, penyelesaian masalah secara kritis dan yang penting adalah aspek pengurusan termasuk pengurusan masa.
Bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Animasi) pula, projek mereka berkisar ‘Zaaba’ iaitu tokoh Pendidikan negara. Wadah penceritaan Zabaa diterjemahkan melalui pendekatan animasi yang yang melalui unsur-unsur sejarah, pengaruh mahupun nilai yang ditunjukkan oleh tokoh pendidikan tersebut. Zaaba adalah suara patriot yang sinonim dengan UPSI sejak 100 tahun dahulu dan wadah perjuangan intelek bangsa Malaysia. Inspirasi Zabaa dan pembentukkan pemikiran bangsa khasnya di UPSI adalah dasar pengikt UPSI dan komuniti. Secara tidak langsung, ia dapat menyelusuri sejarah dan mempelajari sumbangan tokoh pendidikan ini kepada negara, UPSI khususnya.
Projek tahun akhir bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Permainan Digital) pula harus mempunyai elemen tempatan dalam rekaan permainan digital yang dihasilkan. Ini bagi memberi garapan unik dalam rekaan permainan yang dihasilkan selain menengahkan ciri-ciri tempatan yang pelbagai mengikut kreativiti pelajar.
‘Jaringan’ ini bukan sahaja dilaksanakan melalui projek-projek tahun akhir pelajar seperti yang disaksikan pada pameran Visua Voce 2022 ini tetapi jaringan industri melalui aktiviti bersama juga banyak dijalankan diantaranya adalah pertandingan rekaan pada botol air bersama pihak Bros yang bertajuk ‘365 moments of your existence’. Dua orang pemenang akan diumumkan iaitu; tempat pertama dimengangi oleh Nur Syuhada bt Mohamad Rosidi dan Muhammad Khairul Kamal b Mohd Hasuwi ditempat kedua. Rekaan mereka akan dicetak pada botol air keluaran khas UPSI dan Bros dan dipasarkan pada hujung tahun ini.
Kemuncak VISUA VOCE 2022 – Reaching Out menyaksikan majlis menandatangani persefahaman bersama pihak Futuromic Photo AV Sdn Bhd juga berlangsung pada hari perasmian yang ditandatangani oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md. Amin Bin Md. Taff dan wakil syarikat tersebut iaitu En. Sunny Lai, Pengurus Besar Operasi & Logistik Futuromic Photo AV Sdn Bhd pada 23 Julai 2023.
Perjanjian persefahaman ini tidak lain dan tidak bukan memperkukuh, mempromosi dan membangunkan hubungan kepakaran antara pelajar dan staf UPSI dengan industri pengimejan kreatif dalam meluaskan peluang untuk kebolehpasaran pelajar, mobiliti, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang berkaitan.
Nota Pengarang: Tahniah diucapkan kepada FTV UPSI kerana telah menggondol Anugerah Khas Tema menerusi konsep jerami Retrospektif Malaysia “Sepetang di Sawah Padi”, Pertandingan Arca Padi 1.0 sempena Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang dan membawa pulang Wang Tunai RM5000 pada 22-24 Julai lalu. Hebat kalian!