Tanjung Malim –  Pada 26 hingga 28 Julai 2022 Program Outreach Berpusat Batang Padang dan Muallim 2022 telah dijalankan di Fakulti Pembangunan Manusia, di bawah Unit Perkhidmatan Terapi. Program ini adalah inisiatif daripada Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dan Muallim dalam membantu murid-murid yang mempunyai ciri-ciri Murid Berkerperluan Khas dalam menjalani proses saringan dan penilaian.

Keunikkan program ini adalah murid-murid akan dinilai dan diperiksa pada hari yang sama oleh anggota-anggota dari pelbagai disiplin iaitu pasukan perubatan dari klinik kesihatan, Unit Terapi Cara Kerja, unit psikologi, unit Terapi Pertuturan, unit Audiologi (pendengaran) dan unit Optometri (penglihatan).

Kira-kira 100 orang murid yang berumur dalam lingkungan lapan hingga 12 tahun dari 24 buah sekolah terlibat dalam Program Outreach ini. Dr Kanesh A/L Ramanathan, Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan Tanjung Malim memaklumkan melalui program ini proses pengesanan murid murid yang mempunyai masalah pembelajaran dapat dipercepat dan tindakan seterusnya dapat diambil.

Program ini melibatkan empat kementerian yang berbeza iaitu Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Encik Hussaini bin Yusof, Penolong PPD Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Muallim berkata, walaupun program outreach melibatkan agensi yang berbeza, kita tetap boleh bersatu dan bekerjasama dalam satu pasukan bagi membantu murid-murid.

PM. Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim, Dekan, Fakulti Pembangunan Manusia menyatakan FPM sentiasa bersifat terbuka dalam berkongsi kepakaran dan keperluan kepada komuniti. Sukarelawan yang terdiri dari mahasiswa UPSI disediakan dalam membantu perjalanan program ini. Program sukarelawan seperti ini merupakan nilai tambah kepada mahasiswa apabila mereka bergraduasi kelak. Cikgu Nik Nurul Nadia Bt Muhammad dari Sek. Keb. Behrang menyatakan, tempat yang disediakan adalah kondusif untuk para guru, ibu bapa dan murid. Tambahan lagi, sukarelawan UPSI memudahkan urusan cikgu dalam menguruskan murid dan penaksiran dapat berjalan dengan teratur dan lancar. Pegawai perubatan dan kakitangan juga memberi penerangan yang sangat baik dan boleh difahami oleh ibu bapa.

Perasmian Majlis penutupan oleh Dekan, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI

Sesi bersama Pakar Perubatan Keluarga

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)