oleh: Nor Hayati Aziz (UKLK)
Pekanbaru, Riau – Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), UPSI mengorak selangkah lagi dengan mengadakan program pengantarabangsaan, Empire Journey 2.0 “Explore Culture and Nature” di Desa Kemang Indah, Riau Indonesia pada 4 Ogos 2022. Seramai 14 orang Majlis Mahasiswa Unit Kediaman Luar Kampus(MMKLK) diiringi oleh Pengetua dan tiga (3) orang felo telah mengikuti program ini. Program bersama komuniti yang berfokuskan kepada penjanaan pendapatan suri rumah dan wanita ini dihadiri oleh 50 orang penduduk setempat.

Indah
UKLK telah memperkenalkan resepi biskut raya , conflakes madu dan bubble rice coklat yang sedap, modal yang rendah dan senang disediakan. Peserta didedahkan dengan teknik, cara penyediaan dan cara pembungkusan yang betul supaya tahan lama dan senang dipasarkan.
Peserta amat teruja dan gembira kerana dapat mempelajari cara penyediaan biskut raya yang ringkas dan sedap sesuai untuk dihidangkan kepada kanak-kanak serta modal yang murah. Sekretaris Desa Kemang Indah, En Mohamad Nor mengucapkan rasa syukur kepada UPSI dan UKLK kerana sudi hadir menyantuni penduduk Desa dan seterusnya memberi ilmu baru terutamanya kepada suri rumah agar dapat menjana pendapatan sampingan.



Pengetua UKLK, Prof Madya. Ts. Dr Che Ghani Che Kob dalam ucapannya berasa amat gembira dapat bersama-sama penduduk Desa Kemang Indah dalam siri program bersama komuniti dan secara tidak lansung pelajar UPSI dapat didedahkan dengan suasana dan budaya di Riau.