oleh: Norhayati Aziz

Hulu Langat – YADIM telah memperkenalkan Program Daie Muda YADIM dan 28 orang daripada 39 orang calon telah terpilih sebagai pelatih Akademi Daie Muda YADIM 2022. Tiga orang daripadanya merupakan ahli Kelab Sahabat Ulul Albab, UPSI membawa misi yang amat besar dalam melahirkan ikon yang dapat menjadi contoh tauladan dengan nilai-nilai Islam yang indah kepada masyarakat serta anak muda di negara kita.

Mereka yang terpilh ialah Muhammad Hafiz Mohamed Din, pelajar ISMP Matematik, Afeyfah Zulkipli, ISMP Pendidikan Islam dan Nurhidayah Ramli, ISMP Pendidikan Islam. Akademi Daie Muda YADIM sesi baharu ini telah dilancarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Menurut YB Senator Ustaz Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  Para daie ini perlu turun ke medan sepertimana Nabi-nabi yang terdahulu turun ke medan mendepani umat mengajak mentauhidkan Allah. Pusat Ulul Albab mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli KeSUA yang telah membuktikan ilmu yang dipelajari di UPSI boleh membawa mereka ke depan dan menjadi benteng untuk bantu pertahan masyarakat dan anak muda kita.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)