Oleh: Musa Jaafar
BAGAN DATUK, PERAK –17 Ogos 2022 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk satu
perbincangan di antara Pusat Ulul Albab bersama PPD Bagan Datuk telah diadakan bertujuan
membincangkan penganjuran dan pelaksanaan program yang boleh memberi manfaat bagi kedua-
dua belah pihak. PPD Bagan Datuk telah dihadiri oleh Y.Brs Pn.Kasmiyati (Pengarah), En. Shafie
(Timb. Pengarah Pengurusan), En. Azizi (Timb. Pengarah Bhg. Sekolah) dan Pn. Zuraida (Kaunselor).
Manakala delegasi PUA dihadiri oleh Y.Brs. Prof. Dr.Abd. Halim Ali, En. Mohd. Zahren Zakaria, En.
Musa Jaafar, Pn. Masturiana Mohd. Basri dan Pn. Suhaida Mohd Sukor.
Antara program yang dicadang untuk dilaksanakan adalah seperti program motivasi , adab dan
akhlak, pembinaan karektor dan program NLP. PPD telah mengenalpasti beberapa buah sekolah dan
sasaran bilangan pelajar yang akan mengikuti program yang bakal dilaksanakan nanti. Pn. Kasmiyati
berharap program yang dirancang ini dapat memberi impak dan suntikan baru kepada pelajar bagi
melonjakkan pencapaian akademik pelajar dan dapat meningkatkan prestasi sekolah-sekolah di
daerah Bagan Datuk.
Pihak PPD telah menerima baik cadangan proposal yang telah dibentangkan dan bersetuju untuk
pelaksanaan program secara keseluruhan termasuk aspek kewangan kepada pihak PUA dalam masa
terdekat.
Pada sebelah petangnya pula, delegasi PUA berkesempatan mengadakan pertemuan bersama pihak
pengurusan MRSM Bagan Datuk dan telah disambut baik oleh Y.Brs En Nordin (Pengetua) dan guru-
guru kanan MRSM. Delegasi PUA telah dibawa melawat ke bilik-bilik kuliah, perpustakaan, surau,
kafetaria, bilik penginapan sebelum mengadakan perbincangan secara ringkas.
MRSM Bagan Datuk juga dikenali sebagai MRSM Ulul Albab di mana pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan
Tingkatan 4 mengikuti aliran Ulul Albab dan aliran perdana manakala bagi pelajar tingkatan lain
adalah mengikuti aliran perdana sahaja. Dalam melaksanakan kokurikulum Ulul Albab , pihak MRSM
menghadapi kekangan dari segi penyediaan kemudahan dan frasarana seperti kolam renang, latihan
berkuda dan memanah. Pihak PUA mencadangkan MRSM mengadakan kerjasama dengan Pusat
Kokurikulum dan Pusat Sukan UPSI menerusi PUA bagi memastikan pelajar-pelajar dapat menimba
pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada di UPSI.
Di samping boleh mengikuti dan menyertai program-program yang ditawarkan oleh PUA, pelajar-
pelajar MRSM boleh merasai pengalaman pembelajaran yang berbeza di luar MRSM. Cadangan ini
telah diterima baik olek pihak MRSM secara kontemporari.