Oleh: Musa Jaafar

KUALA LUMPUR – 18 Ogos 2022 bertempat di Darul Quran Ittifaqiyyah, Jln Keramat Hujung, Dato Keramat satu perbincangan penganjuran program bersama Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) telah diadakan di antara Pusat Ulul Albab dengan PINTA Kebangsaan bertujuan melihat semula penganjuran program yang boleh dilaksanakan di bawah MOU yang telah dijalin pada 2018. Di antara skop kerjasama yang telah dipersetujui adalah bekerjasama dalam perkara akademik, pengurusan dan latihan antara PUA dan PINTA.

Begitu juga dalam menjalin hubungan strategik dalam memperkasakan pengajian Al-Quran di maahad tahfiz seluruh Malaysia. Delegasi PUA diketuai oleh Y.Brs Dr. Sakinah Bt Salleh, En. Mohd Zahren Bin Zakaria dan En Musa bin Jaafar dan perbincangan telah di pengerusikan oleh Y.Brs Ust Mohd Zahid Bin Mahmood (Presiden), Ust. Mohd. Edrus Bin Ab. Rahman dan Ust Arif.

Program pertama yang telah dijalankan adalah Kursus Pengurusan Institusi Tahfiz Al-Quran pada 14-16 November 2018 bertempat Scholars Suites UPSI. Hasil daripada perbincangan dapat dirumuskan dan dipersetujui bersama dari sudut Pembangunan modul pedagogi yang dirangka khusus untuk PINTA Kebangsaan bagi guru-guru tahfiz, membantu PINTA Kebangsaan dalam merangka kurikulum tahfiz yang boleh digunapakai oleh Pusat Tahfiz seluruh Malaysia dan penghantaran ahli KeSUA bagi Program Sangkutan Ulul Albab Peringkat ke-3 (P3) di pusat-pusat tahfiz yang berdaftar di bawah PINTA Kebangsaan .


Menurut Dr. Sakinah Salleh, Penyelaras 1 PUA, pihak PUA akan sentiasa membantu pihak PINTA dalam memberi nilai tambah kepada pelajar dari sudut pengetahuan agama, amalan agama serta nilai murni dan akhirnya dapat melahirkan insan soleh yang mampu mencorakkan masyarakat dan mempunyai nilai akhlak yang baik.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my