oleh: Mohd Nazirul Afiq Ismail (melaporkan dari Taman Laut Pulau Redang, Terengganu)

Kuala Nerus 19 September – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini berjaya menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) dengan pembinaan struktur glob terbesar di kawasan Pusat Taman Laut Pulau Redang, di sini hari ini.

Struktur terumbu glob ketinggian tiga meter dengan berat melebihi 1 tan itu serta kedalaman 11 meter, diturunkan seramai 10 bekas pelajar daripada pelbagai fakulti diketuai Naib Canselor UPSI sendiri, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff yang juga merupakan salah seorang alumni institut pendidikan terulung tersebut.

Para penyelam Alumni UPSI bersama struktur terumbu glob terbesar di Taman Laut Pulau Redang.
Para penyelam memasang terumbu glob pada dasar Pusat Taman Laut Pulau Redang

“Sebagai institusi pendidikan keramat, UPSI terbina daripada sebuah semangat perjuangan pendidikan dan kejayaan ini adalah untuk membuktikan kecintaan kami para alumni terhadap universiti bertuah kami,“ jelasnya semasa sesi penerimaan sijil pengiktirafan daripada MBOR.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Dr Norkhalid Salimin, dengan adanya struktur terumbu tersebut sekaligus membantu Jabatan Perikanan dalam usaha pemuliharaan terumbu karang di Taman Laut yang baru-baru ini musnah akibat ditimpa taufan Pabuk sekitar Januari 2019.

Md Amin ( tengah, kanan), menerima sijil Malaysia Book of Records oleh pegawai pengesah rekod sambil disaksikan Norkhalid dan Siti Hartini ) di Taman Laut Pulau Redang
Kumpulan penyelam alumni UPSI berjaya menempa nama di Malaysia Book of Records

Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni UPSI Dr Siti Hartini Azmi mengalu-alu usaha para alumni yang dikenali sebagai Anak Kandung Suluh Budiman itu untuk mengharumkan nama universiti dengan penganjuran di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Turut mendapat liputan media di: Suara Merdeka, Bernama, Kosmo!, Remaja, Astro Awani, BuletinTV3, Kedah Kini, Sinar Bestari, Satu Berita, BKSFE VNews, Bloggyer, , Warta Rakyat dan banyak lagi.

Nota Pengarang: Tahniah Pusat Alumni UPSI atas kejayaan hebat hingga menjulang tinggi nama Ibu Kandung Suluh Budiman.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)