oleh: Nor Hayati Aziz

BEHRANG 2020, PERAK –8 September 2022 bertempat di SMK BB2020 satu perbincangan di antara Pusat Ulul Albab bersama pihak pengurusan Sekolah Menengah Bandar Behrang 2020 telah diadakan bertujuan membincangkan penganjuran dan pelaksanaan program yang boleh memberi manfaat bagi kedua-
dua belah pihak. Pihak sekolah dihadiri oleh Pengetua, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan 1 dan YDP PIBG manakala PUA dihadiri oleh Pengarah Y.Brs. Prof. Dr.Abd. Halim Ali dan En. Mohd. Zahren Bin Zakaria, selaku Penyelaras 2.

Pihak PIBG bercadang untuk menubuhkan Kelas Rancangan Khas yang akan menggunakan Model Muallim yang mesra dengan Modul Ulul Albab. Di dalam Model Muallim akan mengandungi 10 program Ulul Albab dan 3 kokurikulum Sunnah iaitu Berkuda, Memanah dan Berenang. Hasil dari perbincangan ini, pihak sekolah akan mengusulkan kepada PUA untuk merangka Model Muallim untuk Kelas Rancangan
Khas. Idea Model Muallim ini merupakan cetusan daripada Pengarah Pusat Ulul Albab, UPSI.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)