oleh: Muhammad Shahrul Mizan bin Mohamed Nizam, Unit Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Penerbitan IPS
MUALLIM 28 Ogos 2022 – Seramai 44 prospek pelajar Program Pengajian Siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai Program “Bual Bicara – My Route to a Successful PhD” pada 27 Ogos bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi yang lepas. Program ini bertujuan menentukan halatuju selepas menamatkan pengajian Sarjana melalui platform Webex dan Facebook Live Institut Pengajian Siswazah UPSI.

Program ini yang diilhamkan oleh Dekan IPS, Profesor Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun sebagai pemangkin semangat bagi pelajar sarjana Program Pengajian Siswazah UPSI dari setiap fakulti bagi melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Kesemua ahli panel yang terlibat merupakan alumni UPSI. Antara ahli panel yang dijemput adalah Dekan Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin Abdullah, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat (BKK), Prof. Madya Dr. Mohd Izwan bin Shahril, dan pensyarah dari Kolej Matrikulasi Perak (KMPk), Dr. Sukor bin Beram.
Diharapkan program ini akan memberi manfaat besar kepada calon pelajar kedoktoran dalam usaha
meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menyambung pengajian ke peringkat kedoktoran. Selain itu, program ini juga dapat menambah pengetahuan dan berkongsi strategi untuk bergraduat dalam tempoh masa yang ditetapkan yang diamalkan oleh beberapa alumni di UPSI.