Tanjung Malim, 9 Oktober:
UPSI melalui Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) telah mengorak langkah kehadapan dengan mencari sumber kewangan bagi menawarkan Bantuan Khas Kemasukan Semester Satu bagi membantu anak-anak yang kurang berkemampuan.
Senarai nama 54 orang pelajar yang mempunyai latar belakang pendapatan keluarga bawah RM1,000.00 di pelbagai negeri, daripada jumlah tersebut seramai 28 orang terpilih untuk ditawarkan Bantuan Khas Kemasukan Semester satu dengan jumlah kadar yuran yang dikenakan pada semester berkenaan.
Ini bermakna bagi tahun 2022 seramai 28 orang pelajar yang ditawarkan melanjutkan pengajian di UPSI dengan bayaran pendaftaran secara percuma. Sebanyak RM64,599.80 telah diperuntukkan untuk menjayakan program bantuan ini.
Manakala bakinya seramai 36 orang pelajar telah ditawarkan bantuan dalam bentuk jangka panjang iaitu menerima Bantuan Dermasiswa WEZAS – Badan Korporat dengan jumlah RM600.00 bagi satu semester. Ini bermakna setiap pelajar akan menerima RM4,800.00 bagi tempoh sepanjang pengajian mereka.
Pihak universiti mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengarah dan seluruh kakitangan WEZAS yang telah bertungkus lumus merantau ke seluruh Malaysia dalam tempoh yang singkat. Tidak dilupakan kepada pihak badan korporat, khususnya pihak Tabung Haji yang telah menyalurkan dana bagi program bantuan ini.