Oleh: Nor Hayati Aziz (Pusat Ulul Albab)
Universiti Fatoni, 4 Oktober 2022, – Soal pendidikan sentiasa menjadi topik hangat untuk dikongsikan dan menjadi tumpuan setiap kali ruang perbincangan dibuka walau di peringkat mana sekalipun.
Bicara Minda dari Malaysia ke Thailand membawakan Penyelaras 1 Pusat Ulul Albab, Dr. Sakinah binti Salleh bagi berkongsi bersama pelajar dan tenaga pengajar Universiti Fatoni (FTU) bertajuk “Thinking Skill Teaching and Learning Process” yang dibawakan khas dari modul Ulul Albab.
Perkongsian ini mengkhususkan mengenai cara berfikir Ulul Albab dengan penekanan tentang proses kemenjadian manusia. Sesi perbincangan dua hala telah diadakan antara penceramah, ahli Kelab Sahabat Ulul Albab, Majlis Tertinggi Dewan Pelajar Fakulti Pendidikan FTU dan tenaga pengajar FTU.
Peserta telah mengadakan diskusi serta mengutarakan pendapat mereka mengenai tajuk yang diketengahkan.
Pengarah Pusat Ulul Albab, Prof. Dr. Abdul Halim berkata Pihak UPSI sentiasa membantu pelajar meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan serta meningkatkan inovasi di dalam semua aktiviti yang diketengahkan di samping menambahbaik serta meningkatkan taraf pencapaian pelajar di dalam semua bidang.