oleh: Syamirah Shamsuddin (Pulami UPSI)
Seramai 46 orang guru pelatih daripada tujuh (7) fakulti menyertai latihan mengajar antarabangsa di Indonesia. Antara pilihan wilayah di Indonesia bagi pelajar menjalankan latihan mengajar ini adalah di Padang, Yogyakarta dan Semarang. Mobiliti antarabangsa latihan mengajar ini juga merupakan salah satu aktiviti kerjasama berdasarkan kepada MOA yang di tandatangani oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama Universitas Negeri Semarang (UNNES), Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), Universitas Negeri Padang (UNP) dan lain-lain universiti di Indonesia pada tahun 2019.

Perasmian program penghantaran pelajar di KLIA2 disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff dan turut disertai Timbalan Naib Cancelor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Profesor Dr. Marzita binti Puteh, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Profesor Dr. Norkhalid bin Salimin dan wakil daripada setiap fakulti

Majlis penghantaran pelajar bagi Program Mobiliti Latihan Mengajar Antarabangsa bagi tahun 2022 telah dihadiri oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff pada 16 Oktober 2022 di KLIA2 disertai dengan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Profesor Dr. Marzita binti Puteh dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Profesor Dr. Norkhalid bin Salimin. Menurut Md. Amin, “Pelaksanaan Program Mobiliti Latihan Mengajar diteruskan semula pada tahun ini walaupun program ini dihentikan buat sementara waktu pada tahun 2021 akibat pandemik Covid-19. Program ini merupakan salah satu inisiatif UPSI untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa dan berharap ianya dapat diteruskan di masa akan datang dalam memperhebatkan nama UPSI dan Malaysia di persada dunia.

Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI) dengan kerjasama Pusat Mobiliti Antarabangsa mengambil inisiatif membantu pelajar dalam mendapatkan penempatan latihan mengajar di Indonesia dan melancarkan urusan visa pelajar. Selain itu, pihak WEZAS dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEPA), UPSI turut menyokong program ini dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang terlibat bagi menampung kos sara hidup mereka semasa menjalani latihan mengajar di Indonesia. Pelajar akan memulakan sesi latihan bermula pada 16 Oktober 2022 sehingga 9 Disember 2022 selama 8 minggu.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)