oleh: Muhammad Safwan Ismail (Pusat Islam)

29 November 2022 : Unit Integriti dengan kerjasama Pusat Islam UPSI telah mengadakan Fazakkir sempena sambutan 100 tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI.

Penceramah jemputan yang ditampilkan adalah merupakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Ipoh, Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Ustaz Asyraf Ismail.

Fazakkir ini telah berlangsung di Masjid Al- Mursyidin dengan membincangkan topik Aqidah dan Pemikiran semasa.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Burak dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Norkhalid Salimin.

Program ini turut melibatkan mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Kolej Kediaman agar Masjid Al-Mursyidin sentiasa diimarahkan setiap waktu agar sasaran mahasiswa yang cemerlang akademik dan akhlak dapat dicapai.

Mukaddimah perbincangan fazakkir bermula dengan memfokuskan isu Aqidah yang menjadi perkara asas dalam kehidupan seharian seorang Muslim.

Selain itu, perbincangan berkaitan kumpulan yang melibatkan aliran Aqidah turut dibahaskan dan seluruh jemaah diingatkan untuk sentiasa memohon kepada Allah agar ditetapkan dalam jalan yang lurus.

Semoga pelaksanaan program seperti ini dapat menjadikan mahasiswa cakna berkaitan isu Aqidah dan pemikiran semasa dalam era modenisasi yang terlalu pesat dengan teknologi di hujung jari. – ePena

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my