oleh: Afifah Adriana Aznan (UCTC UPSI) 

foto: Nurul Hasniza Mohd Rashid

Tanjung Malim – Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk di Pasir Mas dan Rantau Panjang akibat banjir, sukarelawan ResQ Team Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggerakkan misi ke dua daerah negeri pantai tersebut pada hari ini.

Matlamat misi pasca banjir kali ini bukan sahaja menyalur khidmat bantuan pembersihan yang terjejas akibat bencana alam tersebut, malah turut menyalurkan bantuan sumbangan berbentuk pakaian dan makanan kepada mangsa yang terkesan serta 30 buah keluarga pelajar UPSI di sekitar Kelantan dan Terengganu.

Menurut ketua misi, Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI, Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong berkata, kali ini seramai 72 sukarelawan terdiri daripada 16 orang kakitangan, 56 orang pelajar dari Majlis Anak Johor (MAJOR) sebuah lori, dua buah bas, sebuah van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda serta pelbagai peralatan pembersihan dibawa bersama.

“Misi kali ini digerakkan bagi membantu mangsa banjir yang terkesan dengan mengagihkan keperluan asas kepada para penduduk di kawasan terjejas dengan membantu membantu membersihkan rumah mereka serta kenalpasti keperluan lain.

“Malah dengan kehadiran para sukarelawan dari kalangan mahasiswa sekaligus menanam semangat kemasyarakatan sebagai menyokong aspirasi pendidikan negara,” jelasnya ketika sesi flag-off di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI di sisni hari ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Profesor Dr. Norkhalid Salimin berharap usaha murni yang dijalankan ini dapat membantu meringankan beban mangsa yang terkesan. Beliau juga turut mendoakan keberkatan dan keselamatan pergerakan sukarelawan dalam menjayakan misi ini.

Dalam pada itu Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff menzahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan dan semangat kesukarelawanan ResQ Team yang terus disemai dalam diri yang menjadi pembakar kepada mereka untuk terus membantu masyarakat dan secara tidak langsung mendekatkan warga universiti dengan masyarakat.

Turut disiarkan di: Buletin TV3, MalaysiaGazette, Kosmo!,

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)