oleh: Nur Farrah Arishah Shahrin Shah

TANJONG MALIM, 14 DISEMBER – Program ramah mesra 2022 yang dianjurkan oleh pihak Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah mendapat sambutan daripada 300 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menetap di kawasan luar kampus.

Program ini berlangsung dengan jayanya ditapak Bitarasiswa bagi memberikan pendedahan kepada pelajar tentang apa sahaja yang berkaitan dengan UKLK disamping dapat menjalinkan hubungan dengan lebih erat bersama pelajar UKLK.

Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus, Profesor Madya Dr. Che Ghani Che Kob telah merasmikan program ramah mesra.

Beliau juga memberikan penerangan secara terperinci tentang barisan felo dan MMKLK yang bertanggungjawab keatas pelajar-pelajar UKLK.

Selain itu, beliau juga ada menerangkan peranan, fasiliti, bantuan dan sumbangan yang dapat dipohon dan diberikan kepada pelajar UKLK.

Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan semperna meraikan kedatangan pelajar UKLK.

Di sebelah pagi, UKLK ada melaksanakan kenduri silaturahim dimana barisan felo dan MMLK masak bersama-sama bagi membuat edaran makanan percuma kepada pelajar UKLK.

Program ini juga dimeriahkan lagi dengan anjuran permainan tradisional, UKLK Talent Contest, cabutan bertuah, Pembukaan tapak jualan foodtruck dan persembahan artis jemputan Syafiq Farhain.

Antara barisan Felo UKLK, memperkenalkan diri dan memberi penerangan
peranan masing-masing.

Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang agar semua pelajar UKLK cakna bahawa mereka masih dilindungi oleh pihak universiti meskipun menetap dikawasan luar kampus dan dapat merapatkan lagi silaturahim antara pelajar dan barisan bertanggungjawab UKLK.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)