Oleh: Hafiz Abd Manap (Kolej Ungku Omar)

UPSI | 29 Disember 2022– Bertempat di Dewan Utama Panggung Percubaan, KSAS telah berlangsungnya Festival Kesenian dan Kebudayaan Kolej-Kolej Kediaman UPSI 2022(FREKUENSI ’22). Program anjuran bersama Kolej Aminuddin Baki dan Pusat Kebudayaan serta Kolej-Kolej Kediaman UPSI ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Disember 2022. Setelah dua tahun festival ini dilaksanakan secara atas talian, pada tahun ini pentas FREKUENSI 2022 kembali secara bersemuka dan lebih meriah.

Catatan manis buat Kolej Ungku omar, UPSI yang menutup tahun 2022 dengan penuh gemilang apabila sekali lagi dinobatkan selaku Juara Keseluruhan festival itu pada kali ini setelah menerimanya pada tahun lepas. Kejayaan dengan peratusan pungutan markah keseluruhan sebanyak 85.6% itu membolehkan Kolej Ungku Omar mengekalkankan kejuaraan melalui 3 Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa.

Prof. Dr. Norkhalid Salimin menyampaikan Piala Pusingan Juara Keseluruhan kepada Pengetua Kolej Ungku Omar.

Berkata dalam Majlis Penutupan festival itu semalam, Prof. Dr. Norkhalid Salimin (Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI), “FREKUENSI ’22 yang dianjurkan bukan sahaja dapat mengiktiraf bakat pelajar malahan kesemua peserta yang menyertainya akan digilap bakat dan kreativiti masing-masing untuk mewakili universiti dalam apa jua cabang pertandingan yang akan disertai kelak”.Katanya lagi penganjuran FREKUENSI ’22 pada tahun ini, menggambarkan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian budaya dan tradisi namun ia tidak menghalang dalam usaha untuk menyatupadukan mahasiswa bagi memanifestasikan kebudayaan pelbagai kaum dalam satu budaya dan mengikuti segala prinsip dasar kebudayaan kebangsaan. 

Anak Sri Tanjung KUO rangkul Johan kategori Tarian Zapin Tradisional frekuensi 2022

FREKUENSI ’22 mempertandingkan 6 acara kebudayaan termasuk Nasyid Terbuka, Kompang Formasi, Nyanyian Solo,Nyanyian Duet, Tarian Zapin Tradisional, dan pertandingan Syair. Kesemua para pemenang menerima sijil, trofi, dan piala iringan yang telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin serta tetamu kehormat yang hadir pada majlis perasmian penutupan festival itu semalam. Dalam pada itu, Kolej Harun Aminurrashid telah dinobatkan sebagai Naib Johan keseluruhan diikuti Kolej Aminuddin Baki di tempat ke-3.

Dibarisi pelajar semester 1, kumpulan Nasyid Shoutun Najwan KUO tawan hati juri untuk Naib Johan Nasyid Terbuka

Pengetua Kolej Ungku Omar, Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Nasrifan menyifatkan kemenangan berganda ini adalah hasil semangat dan latihan berterusan daripada semua peserta kolejnya yang telah memberikan komitmen terhadap persiapan festival pada kali ini. Beliau turut berbangga dengan kumpulan Kompang Formasi Gema Sukma KUO yang dibarisi majoritinya adalah Majlis Mahasiswa Kolejnya sendiri kerana mampu memberikan saingan dalam festival pada tahun ini disamping perlu melaksanakan aktiviti pembangunan sahsiah kolej yang lain. “Semoga piala dan status juara keseluruhan tersebut dapat dikekalkan lagi di Kolej Ungku Omar pada penganjuran festival ini di masa akan datang, katanya lagi”

Pasukan Kompang Gema Sukma bergambar bersama VIP setelah menerima hadiah kemenangan.

Antara kategori yang membolehkan KUO diangkat selaku juara keseluruhan ialah melalui:

Kompang Formasi: Johan (Kumpulan Gema Sukma), Syair: Johan (Nor Sanisah Arsad), Tarian Zapin: Johan (Anak Sri Tanjung), Nasyid Terbuka: Naib Johan (Shoutun Najwan), Nyanyian Solo: Tempat Ke-3 (Darwisyah Afrina Kamarul-Anuar), Syair: Tempat Ke-3 (Nur Syahera Punawi), dan Nyanyian Duet: Tempat Ke-3 (Abdul Aziz Ayeop-Siti Nuraisyah ‘Azaah Zaiali).

Nota Pengarang: Tahniah KUO. Gegak gempita frekuensi Muallim atas kejayaan kalian. Teruskan!

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my