oleh: MMK KAB

Petaling Jaya – Cakna terhadap kesedaran kesihatan mental baru-baru ini sekumpulan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris menganjurkan Program Kembara Kesihatan Mental yang melibatkan 40 orang penghuni Kolej Aminuddin Baki yang dijalankan di beberapa buah lokasi iaitu bertempat di Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA), bertujuan bagi memberikan kesedaran dan pendedahan kepada komuniti setempat mengenai kepentingan isu kesihatan mental.

                Kembara Kesihatan Mental ini juga menuju ke beberapa buah perkampungan komuniti seperti di Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dan pelbagai agensi NGO dalam melaksanakan promosi pendedahan tentang penyakit yang sering distigmakan ini.

Sesi perkongsian dijalankan bersama wakil pelajar Psikologi UPSI dan UKM

                Pegawai Kolej Aminuddin Baki, Puan Safarina Mat Nawawi berkata, program tersebut dilaksanakan bagi menyahut seruan negara dalam mempromosikan lagi mengenai aspek kesihatan mental yang dilihat agak mundur di negara kita.

                Katanya lagi, program itu juga dilaksanakan untuk jangka masa yang panjang dalam mewujudkan kesedaran tentang pembunuh senyap dalam masyarakat kita.

  Slot “Here to Hear” bersama pakar Psikologi di MIASA, Petaling Jaya

Dalam memastikan setiap warganegara mula yakin akan wujud kebenaran mengenai penyakit yang sering distigmakan ini, semua pihak seharusnya berganding bahu bersama-sama mewujudkan kesedaran dan menjadikan perbicangan mengenai isu kesihatan mental ini satu amalan normal bagi mengelakkan stigma negatif masyarakat terhadap pesakit mental.

Menurut Pengarah program Kembara Kesihatan Mental, Saudari Syazalia Sukiman berharap agar program ini disambut baik pelaksanaannya oleh segenap lapisan mahasiwa UPSI serta seluruh mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi yang lain.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)