Oleh : Noraini Aminuddin

Membuka tirai permulaan tahun baharu 2023, program “Majlis Aspirasi Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat (BKK)” menjadi pengisian utama Qalbu BKK telah diadakan pada 25 Januari 2023 (Rabu) yang lalu bertempat di Anjung Tamu, Pejabat Bahagian Komunikasi Korporat, Aras Bawah Bangunan Canselori Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Menurut Pengarah BKK, Profesor Madya Dr. Mohd Izwan Shahril tahun 2023 bakal menjadi tahun kecemerlangan Universiti Pendidikan No.1 tanah air.

“Sebagai unit barisan hadapan Universiti, BKK seharusnya memainkan peranan penting dalam meningkatkan imej dan reputasi pusat pengajian bertuah ini lantaran usianya yang telah mencecah 100 tahun lamanya.

“Alhamdulillah, pada tahun 2022 UPSI telah melakarkan sejarah sendiri dengan kecemerlangannya dalam bidang Pendidikan apabila berjaya menganjurkan pelbagai program di peringkat kebangsaan antaranya menjadi hos kepada Sukan IPT (SUKIPT), Aspirasi Keluarga Malaysia KPT yang menjadi tumpuan ribuan atlet IPT dan dirasmikan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri serta gemilangnya Majlis Makan Malam Seluhur Budi Sekalung Kasih sempena Kemuncak sambutan 100 tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI yang menerima keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Davidson”.

Menurut Mohd Izwan lagi, BKK akan terus menyokong Universiti dengan menggiatkan lagi peranan jabatan seliaannya menerusi hala tuju strategik pusat pengajian tersebut.

“Pada peringkat maklumat awam terutamanya melibatkan hebahan media, UPSI akan terus memperkasa aspirasi Pendidikan sebagai cabang utama terutamanya program-program berkaitan kesukarelaan mahasiswa, aktiviti-aktiviti berkaitan akademik dan penglibatan para kakitangan baik di dalam kampus mahupun di luar kampus.

“BKK UPSI juga akan terus menyalurkan khidmat kepakaran yang sedia ada kepada seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan agensi luar dengan kapasiti yang sedia ada seperti khidmat pentadbiran, khidmat korporat, unit produksi, fotografi, khidmat pelanggan, media, penerbitan, teknologi maklumat media baru, promosi dan sebagainya”.

Program yang berlangsung selama hampir dua jam itu turut dihadiri setiap ketua unit dan kakitangan BKK serta majlis jamuan ringan yang diadakan secara ‘potluck’.

Nota Pengarang: Selamat datang warga baru BKK Puan Noraini Aminuddin, selamat maju jaya

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)