oleh: Ahmad Tarmizi Al Shaari (FTV)

26 Januari 2023: Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan pertunjukan fesyen untuk mengetengahkan bakat para pelajar.

Bertemakan pakaian pejabat moden dan tradisional serta pakaian dari bahan kitar semula, para pelajar telah menunjukkan hasil inovasi cemerlang pada rekebentuk pakaian mengikut tema yang dipertandingkan.

Program gilang-gemilang yang telah dirasmikan Pengarah Akademik, Profesor. Dr. Abdul Rahim Razali turut dihadiri dif kehormat isteri Naib Canselor, Datin Pazilah Yahaya.

Abdul Rahim dalam ucapan perasmiannya berkata beliau sangat teruja dengan kemampuan pelajar dalam menghasilkan rekaan pakaian yang sangat menarik serta penganjuran acara yang sangat gemilang yang diuruskan sepenuhnya oleh pelajar.

“Penganjuran “The Grand Fashion Show 2023” membuktikan bahawa pelajar UPSI sangat berbakat dan luar biasa dan mampu melaksanakan setiap tugasan yang diberikan dengan cemerlang,” jelasnya

Program ini adalah sebahagian dari tugasan pelajar bagi keperluan beberapa kursus di bawah program Ekonomi Rumah Tangga (ERT); Seni Reka Fesyen (VED3043), Asas Pembuatan Pakaian (VCD3033), Pembuatan Pakaian Perempuan (VCD3063) dan Pembutan Pakaian Perempuan Lanjutan (VCD3083), pelajar-pelajar semester 2, 3, 5 dan 6 program ERT serta semester 7 program Reka Bentuk Teknologi (RBT).

Menurut penyelaras program, Dr. Asimah Zakaria menyatakan program ini dilaksanakan untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam rekaan dalam penghasilan pakaian.

“Menerusi program ini juga memberi peluang kepada pelajar yang terlibat untuk mengeratkan ukhuwah dan memupuk semangat berpasukan untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan”,

Di samping itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan teknik jahitan yang telah dipelajari dalam setiap rekaan pakaian mereka.

Sebanyak 83 pasang rekaan pakaian telah diperagakan mengikut tema dan konsep yang telah ditetapkan.

Selain peragaan pakaian, “The Grand Fashion Show 2023” turut diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian dengan kerjasama daripada para pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan di bawah bimbingan Pensyarah Abdul Hamid Chan. – ePena

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)