oleh: Shahaniza Shamsuddin (NCDRC)

Kanak-kanak dan watak animasi tidak dapat dipisahkan bahkan melalui watak animasi juga kanak-kanak mudah belajar dan menimba pengetahuan.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa semasa ucapan aluan Majlis Konvokesyen Tadika Bitara NCDRC dan serta Pelancaran Buku Cerita Bersiri Dani dan Dina.

“Buku bersiri itu mengandungi 20 siri, dengan animasi Dani dan Dina sebagai watak utama. Buku-buku ini ditulis oleh pendidik TASKA dan TADIKA NCDRC dengan kerjasama pensyarah-pensyarah di UPSI.

Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa

“Kita mahu mengasuh anak-anak kita belajar dan faham dengan nilai-nilai positif pada seawal usia yang mungkin menerusi pembacaan yang menarik dan mudah difahami.”

“Kanak-kanak juga lebih berminat dan tertarik dengan watak animasi yang menggambarkan sesuatu perkara.”

“Dengan adanya buku bersiri Dani dan Dina ini dapat memberi peluang untuk ibu bapa dan para pendidik mengunakan bahan baru untuk memupuk dan meningkatkan pengetahuan kanak-kanak melalui jalan cerita yang berlaku dalam kehidupan seharian,” jelas Mazlina dalam suatu kenyataan.

Tambahnya lagi, buku cerita bertema yg dihasilkan adalah berdasarkan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang boleh dijadikan rujukan di semua TADIKA dan Prasekolah serta agensi atau industri berkaitan kanak-kanak.

Dani dan Dina memenuhi keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

“Pelancaran buku ini juga membuktikan bahawa NCDRC, UPSI sentiasa komited dan terus menjayakan usaha dalam menerbitkan bahan bacaan kanak-kanak.” Tambahnya lanjut.

Mazlina turut merasmikan Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik TADIKA UPSI yang akan melibatkan ibubapa pelajar dalam membantu perkembangan Tadika UPSI dengan lebih baik.

Sementara itu, menurut Penaung Persatuan Wanita UPSI (PEWARIS), Datin Pazilah Yahaya, penghasilan bahan bacaan kanak-kanak seperti Dani dan Dina ini merupakan sebuah inisiatif yang bertepatan NCDRC untuk memperkasa bidang pendidikan awal kanak-kanak sebagai mendukung aspirasi melahirkan masyarakat Malaysia yang Madani.

“Buku bersiri Dani dan Dina ini juga sangat informatif dalam menekan aspek nilai-nilai murni, pendidikan moral, pendidikan adab dan akhlak, perpaduan, kekeluargaan, kesihatan dan kebersihan. Sebagai Penaung Persatuan Wanita UPSI, penerbitan bahan bacaan sebegini amat bermanfaat terutamanya kepada ibu bapa untuk terus memberi pendidikan kepada anak-anak,”

“Dalam meningkatkan lagi aktiviti penerbitan bahan bacaan kanak-kanak, UPSI turut menggalakkan kerjasama pelbagai pihak untuk bersama-sama UPSI bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif serta mencabar minda kanak-kanak hari ini,” jelasnya dalam suatu kenyataan.

Nota Pengarang: Tahniah kepada adik Nur Ayra Madzarul Ilyas, ungguli Anugerah Kanak-kanak Bitara 2022, Konvokesyen Tadika Bitara UPSI 2022. Adik Nur Ayra juga merupakan anak kedua daripada dua orang adik beradik dan merupakan puteri warga BKK UPSI, Noraini Aminuddin. Teruskan kecemerlangan!

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)