Oleh : Noraini Aminuddin

Foto : Fisol Ahmad

Hari ini UPSI menerima kunjungan seramai 30 orang kru produksi yang datangnya daripada 2 syarikat iaitu Nafalia Corporation Sdn. Bhd. dan Arisprop Holdings Sdn. Bhd. Kedua-dua syarikat produksi ini bakal melakukan penggambaran berbentuk bual bicara berjudul ‘Nadi Cergas (Musim Kedua)’ serta sebuah rancangan sketsa komedi bual bicara 13 episod berjudul ‘Jemput Masuk’.

Pertemuan dan majlis makan tengahari yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI melibatkan Jawatankuasa Khas Pengurusan Universiti (JKPU) diketuai Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff, Timbalan Naib Canselor HEPA Profesor Dr. Norkhalid Salimin, Pengarah BKK Profesor Madya Dr. Mohd Izwan Shahril dan Bendahari UPSI Mohamad Najib Mohamed itu adalah Inisiatif UPSI untuk merealisasikan konsep industri dalam universiti melalui kolaborasi bersama syarikat-syarikat produksi.

Seramai 30 orang kru produksi bergambar kenangan bersama JKPU di Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI

Majlis ringkas tersebut yang dianjurkan oleh Unit Promosi, Penjanaan dan Penerbitan Korporat adalah Inisiatif UPSI untuk memberi kesan positif terhadap imej universiti, Daerah Muallim dan Negeri Perak secara amnya dalam mempromosi edutourism terbaik di Malaysia.

Md Amin dalam ucapan aluannya turut memberi penghargaan serta mengalu-alukan penglibatan industri untuk memacu pendidikan demi kemajuan negara. –ePena

Turut disiarkan di: Suara Merdeka

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)