foto: Unit Foto UPSI
SHOWCASE @ UPSI 2023 yang dianjurkan di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, pada hari ini menjadi medan untuk menghimpunkan pelbagai produk-produk yang telah dihasilkan universiti dipamerkan sebagai salah usaha menonjolkan kepakaran dan kejayaan warga universiti bertuah ini demi menyahut slogan Peneraju Kebitaraan Pendidikan.
Program yang berlangsung selama separuh hari itu melibatkan pelbagai pusat tanggung jawab dan fakulti antara yang mencuri tumpuan ialah pameran formula kereta FMEC, pameran Bas Pendidikan UPSI, booth Pendidikan Hijau, pameran UCTC dan KTP, Res Q-Team, Pre-Love dan Menu RM 1.70, Pelita Suluh Budiman, NCER, Animator, Konti Radio, FTV Inc, SMBU dan MyGuru, Apps Bahasa, Research@FSM dan Pejabat Karang Mengarang.
SHOWCASE @ UPSI 2023 dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Puan Sri Datuk Seri Rohani Abdullah diiringi Lembaga Pengarah Universiti Alumni Datuk Seri Ahmad Burak, Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Lembaga Pengurusan Universiti, Wakil Senat, Prof. Dr. Ismail Zainol, Prof. Dr. Marzita Puteh, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr. Suriani Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin, barisan pengurusan tertinggi UPSI, pensyarah-pensyarah, staf sokongan, para pegawai dan mahasiswa UPSI.
Terdahulu, Puan Sri Rohani dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga UPSI atas kejayaan cemerlang pada tahun 2022 sementelah pusat pengajian terulung tanahair ini mencatatkan pelbagai kecemerlangan serta berjaya melaksanakan pelbagai program bertaraf kebangsaan dan antarabangsa lebih-lebih lagi sempena sambutan 100 tahun penghujung tahun lalu. – ePena