foto: Nurul Hasniza Mohd Rashid

Tanjung Malim – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini menerima kunjungan sekumpulan warganegara Jepun yang mengikuti program peningkatan Bahasa Inggeris untuk membudayakan bahasa kedua terbesar itu dalam pekerjaan.

Seramai sepuluh orang peserta terlibat daripada pelbagai latarbelakang industri merupakan peserta Program Language and Culture Workation (Japanese) 2023 yang dianjurkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UPSI dengan kerjasama AKITO Global akan berkampung selama dua minggu bermula 28 Februari lalu hingga 12 Mac ini di Kampus Sultan Azlan Shah bakal diberi pendedahan peserta berkaitan isu-isu semasa dalam Bahasa Inggeris sekaligus dapat membantu para peserta dalam usaha ke arah pembudayaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sektor pekerjaan.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, UPSI sentiasa mengalu-alukan penyertaan para delegasi antarabangsa untuk bekerjasama dengan universiti pendidikan terulung tersebut.

“UPSI yang terletak di Tanjung Malim merupakan lokasi strategik untuk menjadi pusat rujukan pendidikan, bukan saja sebagai gedung ilmu yang memberi manfaat, sebaliknya meneroka potensi kebolehpasaran UPSI ke peringkat antarabangsa, program ini dilihat sebagai langkah proaktif untuk membuka lebih banyak peluang kerjasama antarabangsa,” jelasnya semasa menyampaikan ucapan aluan ketika majlis makan malam bersama para peserta di Hotel Scholar’s Suite, UPSI.

Menurut Md Amin lagi, para peserta bukan saja bakal didedahkan dengan ilmu pengajian Bahasa Inggeris dengan lebih baik untuk digunakan dalam industri kedudukannya di daerah Muallim menyimpan pelbagai khazanah yang bernilai untuk diterokai oleh para pengunjung sebagai sebuah hab edutourism tanahair.

“Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh diterokai oleh para pengunjung seperti jejak peninggalan tokoh pejuang kemerdekaan tanahair menerusi Heritage Trail oleh Muzium Pendidikan Nasional, jejak peninggalan perang dunia kedua di Slim Village, sajian makanan yang popular seperti pau serta pelbagai aktiviti riadah dengan keindahan lanskap terbaik dengan keunikan lebih 20 buah air terjun dan pemandangan gunung yang cantik selain kemudahan fasiliti yang sedia ada di UPSI seperti UPSI Adventure Park dan UPSI’s Sports City,” jelasnya lanjut. –ePena

Turut diterbitkan di: Kosmo!

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)