oleh: Ahmad Tarmizi Al Shaari (FTV) melaporkan dari Pulau Pinang

foto: Fisol Ahmad

Georgetown 3 Feb 2023 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menandatangani memorandum persefahaman bersama Penang Tech Centre Berhad bagi menjalin kolaborasi akademik bidang STEM.

Menurut Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr. Md Amin. Md Taff, kerjasama dengan Tech Dome Centre, pertubuhan tidak berasaskan keuntungan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu bakal menawarkan kepakaran melatih guru-guru dalam pelbagai bidang kemahiran.

Md Amin. (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian persefahaman dengan Khoo Boo Wooi semasa Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara dua organisasi itu di Pulau Pinang.

“Kerjasama yang diterajui Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) akan melibatkan  program latihan guru, pertandingan inovasi dan penyelidikan bukan sahaja para mahasiswa, tetapi warga kakitangan akademik universiti,”

“Menerusi kerjasama strategik juga sekaligus akan memberi impak yang besar terhadap minat pelajar untuk mempelajari sains dan teknologi seterusnya menyediakan guru dan tenaga pengajar yang berkualiti untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang berbeza,” jelasnya ketika ucapan aluan di pejabat urusan Tech Dome Penang hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Tech Centre,  menyatakan penghargaan atas kesudian kerjasama dan berharap ianya akan menjadi tanda aras baharu terhadap pendidikan sains dan teknologi di negeri Pulau Pinang.

“Penang Tech Centre sebagai sebuah agensi kerajaan negeri akan membantu dari segi penyediaan faisiliti yg akhirnya akan menggalakkan pertumbuhan minat dalam kalangan pelajar dan generasi muda terhadap pembelajaran sains, teknologi dan kemahiran,” jelasnya.

Sementara itu, Dekan FTV, Dr Azlan Mohd Hussain yang turut hadir sentiasa menyahut baik kerjasama strategik lebih-lebih lagi melibatkan penglibatan universiti untuk menghasilkan modal insan yang cemerlangan dalam sains dan teknologi sebagai tenaga kerja dan pakar kepada negara pada hadapan.

Majlis MOU ini turut disaksikan oleh ADUN Bagan Dalam,  YB Satesh Muniandy, yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penang Tech Centre.

Beliau menyatakan kerajaan negeri memberikan sokongan kuat dalam kerjasama ini yang akan memberikan faedah yang besar kepada negara. – ePena

Turut diterbitkan di: Suara Merdeka, Kosmo!

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)