oleh: Muhammad Zafir Mohd Saman (PEGAWAI UMEDIA PUSAT ALUMNI)
Indonesia – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melantik wakil Ikatan Alumni UPSI NTB-INDONESIA dalam rangka kerja delegasi UPSI yang diketuai Pusat Alumni ke kepulauan tersebut. Ikatan Alumni ini
sebagai wadah penyambung silaturrahim dan kerjasama antara UPSI dan sektor pendidikan disana.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI dalam ucapannya menyebut “Kewujudan Ikatan Alumni NTB ini akan menjadi penyambung silaturrahim antara Alumni, masyarakat dan
pemerintah di Nusa Tenggara Barat. Alumni perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu kerajaan untuk menaikkan taraf pendidikan disini.”

Selain menjalinkan hubungan yang baik, Ikatan Alumni (IKA) UPSI-NTB ini juga diharapkan dapat melahirkan dan menjalankan program program yang memberikan manfaat bagi masyarakat setempat
sejajar dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi Amanat Yang Berhormat Menteri baru baru ini iaitu setiap Universiti harus melaksanakan program yang berbentuk “Knowledge Transfer
Program”.

Pengarah Pusat Alumni, Dr Siti Hartini Azmi dalam ucapannya menyebut kepentingan Alumni untuk berbakti semula pada masyarakat.

“Seperti yang kita semua sedia maklum, dua orang Alumni dari Indonesia iaitu Saudara Thahirul Hakim dan Saudara Muhibbin telah berjaya membangun dan menguruskan dua buah madrasah untuk
kemudahan pelajar pelajar yang kurang berkemampuan disini. Kejayaan mereka membina madrasah pada usia yang muda harus dijadikan contoh buat kita semua. Sehingga saat ini, Alumni UPSI yang berasal
dari Lombok seramai hampir 100 orang.

Mereka ini semua merupakan mahasiswa yang mendapat tajaan penuh dari kerajaan Indonesia untuk
menyambung pengajian di Malaysia. Pihak Universiti sentiasa memberikan peluang jika mereka memerlukan apa apa bantuan pendidikan kelak kerana UPSI akan terus memacu Pendidikan untuk
semua” katanya lagi.

Di Majlis itu juga, pihak UPSI secara rasmi telah melantik beberapa perwakilan bagi mewakili daerah daerah di Nusa Tenggara Barat untuk terus mengembangkan pendidikan dan membawa nama
UPSI dipersada global. Berikut merupakan senarai penuh jawatankuasa Alumni UPSI di Nusa Tenggara Barat bagi tempoh 2023-2026.

Ketua : Muh. Thahirul Hakim, M.Ed
Wakil Ketua : Bachrizal Bakhtiar D., M.Ed
Setiausaha 1 : Mila Septian Haryati, M.Ed
Setiausaha 2 : Ice Puspitasari, M.Ed
Bendahari : Muslihatun Maulidian, M.Ed
Bidang Hubungan Internasional:
Koordinator : Isbah Diansyah Yahya, M.Ed
Anggota :1. Fitrian 2.M.Ed Sukarni, M.Ed

Bidang Media, Publikasi dan Komunikasi:
Koordinator : Deny Susanti, S.Pd
Anggota : Zul Pahmi, S.Pd, MA
Bidang Program dan Perencanaan:
Koordinator : Fathurrahim, M.Ed
Anggota : Ratin Wahyu Juni Atma, M.Ed
Kota Mataram dan Kabupaten Lombok Barat

Koordinator : Muhibin, M.Ed
Anggota :

1. Mustain, M.E

2. Sri Haryati Rohayu, M.Ed
Kabupaten Lombok Timur
Koordinator : Zohri Ratna, M.Ed

Anggota : 1. Satriadi Pratama, M.Ed Lailatul Ismi, M. Ed
Kabupaten Lombok Tengah
Koordinator : Zul Pahmi, S.Pd. MA
Anggota : Faridatun Sumiharti. S.Pd. MA
Kabupaten Sumbawa Barat
Koordinator : Sopan Hidayat, S.Pd., M.Ed
Anggota : Rizka Trimulyani, M.Ed
Kabupaten Sumbawa
Koordinator : M. Nur Sidik, S.P., M.sc
Anggota : 1. Yadi Satriadi, S.I.Kom., M.A

Abdul Gafar
Kota Bima
Koordinator : M. Anis Fuadi, M.Ed
Anggota : 1. Tedy Hartadi, M.Ed

Burhanuddin, M.Ed
Kabupaten Bima
Koordinator : Firdaus, M.Ed
Anggota : 1. Juryatina, M.Ed

Nurul Uyun, M.Ed
Kabupaten Dompu

Koordinator : Mahdin, M. Ed
Anggota :

1. Usnatul Fitriyah, M.Ed

  1. Sintya Kurniati, M.Ed

Turut disiarkan di: Editor Malaysia, DailyTV.my, Edisi9, Lombokpost

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)