Oleh: Nurul Ainie Abdullah (Pegawai U-Media PPA)

Tanjong Malim, 01 Feb 2023: , Profesor Madya Dr. Normah Jusoh kini merupakan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (PPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dilantik sejak awal Februari lalu menggantikan Profesor Madya Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatin, mantan Pengarah PPA kini dilantik sebagai Dekan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (META).

Prof Madya Dr. Normah Jusoh

Berpengalaman dalam bidang pemakanan sukan, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), serta pernah menjawat Timbalan Pengarah unit penyeliaan dan kurikulum di jabatan yang sama, lantikan ini dilihat amat bertepatan dengan misi jabatan sebagai pusat pembangunan akademik yang berdaya saing serta memacu kecemerlangan komuniti ahli akademik pusat pengajian terulung tersebut.

Menurutnya, beliau optimis dengan lantikan tersebut sambil memanjatkan rasa syukur serta berterima kasih atas kepercayaan pengurusan tertinggi universiti serta beliau sedia menggalas amanah yang dipikul untuk memacu PPA ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

“PPA merupakan salah satu jabatan yang merupakan jentera penggerak pembangunan dan pengurusan Universiti yang bertanggungjawab secara langsung dalam perancangan dan pengurusan staf akademik, menerusi kepakaran dan pengalaman yang sedia ada, kami amat berharap PPA bakal menjadi sebuah pusat tanggungjawab yang berdaya saing dan lebih komprehensif,” jelasnya.

Nota Pengarang: Sidang pengarang e-Pena mengucapkan tahniah kepada Pegawai U-Media Pusat Pembangunan Akademik (PPA), Puan Nurul Ainie Abdullah atas penerimaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP) sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-63 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini di Temerloh. Nurul Ainie anak kelahiran Pahang juga merupakan salah seorang Pegawai Tadbir di pusat tanggungjawab PPA UPSI. Terus lakar kejayaan Demi UPSI!ePena.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI