oleh: Mohd Nazirul Afiq Ismail
foto: Nurul Hasniza Mohd Rashid
Tanjung Malim, 4 Mei 2023:
Fakulti Sains Matematik (FSM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menandatangani memorandum persefahaman dengan Al-Farabi Kazakh National University (KazNU) untuk perkongsian pengetahuan, kepakaran dalam penyelidikan antara kedua dua buah universiti Malaysia dan Kazakhstan tersebut.
Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, kerjasama itu bakal menyaksikan perkongsian dua hala penyelidikan dalam bidang STEM serta teknologi nano menerusi institusi kajian saintifik KazNU serta FSM sendiri.


UPSI menurutnya juga setakat bulan Mac 2023 sahaja telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan 7 universiti tempatan dan 22 universiti luar negara serta menerusi perkongsian industri, sebanyak 45 MOU dengan industri tempatan dan 2 MOU dengan industri luar negara.
Md Amin dalam ucapannya juga berkata, selaras dengan hasrat pengantarabangsaan universiti pendidikan itu mahu memacu kecemerlangan dengan kerjasama universiti terbaik Kazakstan tersebut yang juga penarafan QS University Ranking 150 terbaik dunia.


“Kerjasama ini juga dapat diperkukuhkan dengan menjalankan penyertaan bersama dalam latihan, bengkel dan persidangan serta penerbitan dalam artikel dari kedua-dua universiti boleh diterbitkan iaitu Educatum Journal of Science Mathematics and Technology (EJSMT) dan Chemical Bulletin of Kazakh National University,”

“Malah memorandum ini juga dapat melihat perkembangan perkongsian kepakaran antara kakitangan akademik, serta mobiliti akademik dalam mempromosikan pembelajaran silang budaya kedua-dua buah institusi merentas sempadan,” jelasnya.
Majlis perjanjian memorandum persefahaman (MoU) antara Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan Al-Farabi Kazakh National University (KazNU), yang berlangsung secara atas talian diwakili Md Amin sendiri serta Timbalan Rektor Operasi, KazNU Dr. Assel Uvaliyeva. –ePena
Turut disiarkan di: Suara Merdeka, Kosmo, BebasNews, BuletinTV3, Twitter TV3
Nota Pengarang: Tahniah atas kejayaan FSM, terus lakar kejayaan dalam memartabat pendidikan negara