Mendukung  aspirasi  Visi  Sukan  Negara-2030  dan  demi  mempromosi  dan  membangunkan  industri sukan  memanah  di Malaysia,  Pusat   Sukan  UPSI  &  Majlis  Perwakilan   Pelajar  bekerjasama  dengan Persatuan   Memanah  Daerah  Muallim  bagi  menganjurkan   Kejohanan  Memanah  Barebow  & Tradisional Terbuka  Muallim  2023.  Salah satu matlamat kejohanan ini adalah bagi membantu pembangunan atlet dan pegawai teknikal.  Justeru  untuk  pertama  kalinya,  kejohanan  memanah  ini  menggabungkan  pemanah  dan  pegawai  teknikal  dari  kategori  Barebow  dan Tradisional.

Selain  itu, kejohanan  ini  turut  menggalakkan  penglibatan  rakan  industri  sebagai   penaja  bagi melancarkan  kejohanan.

Perjanjian   persefahaman  ini  ditandangani  secara  bersama  oleh Dato’  Sheikh  Kamarulzaman Dawood  dan  Muhammad Fazroul Mohamed Yusof, Penasihat Undang-undang, EA Warisan Holdings Sdn. Bhd., Raymond Ong, Pengarah Excella Archery Distribution Sdn. Bhd.,  En Freddie  Won,  Pengurus  Besar,  Freddie  Archery, dan Suhardi  Abdullah @  Mohd  Zain,  Pengurus,  Strunz   Resources,  dengan  disaksikan  oleh  Naib Canselor, UPSI  iaitu Prof.  Datuk Dr. Md Amin Md Taff dan Helmi Zaifura Abdul Rahman, Pendaftar UPSI.

Majlis  turut  dihadiri  oleh Mohammad  Faeez  Mohamad  Alias, Pengarah  Pusat  Sukan,  Majlis Perwakilan  Pelajar yang  diketuai  oleh Muhammad  Haslan Mamat,  pengurus  pasukan  dan pegawai  teknikal  kejohanan.  Perjanjian  persefahaman  melibatkan  penajaan  pihak  industri  yang berbentuk  tajaan tunai  dan  inkind  bagi  melancarkan  Kejohanan  Memanah  Barebow & Tradisional Terbuka  Muallim 2023.

Kejohanan ini disertai oleh seramai 208 pemanah.  Terdapat   seramai 101 pemanah kategori Barebow dan 106 pemanah Tradisional.  Kejohanan  ini  berlangsung  dari 6  sehingga  9  Julai 2023 di Padang  Utama,  Kampus  Sultan  Abdul  Jalil  Shah.

Melalui  kerjasama  di antara  UPSI  dan  komuniti,  penganjuran  kejohanan  ini  telah  memberi  peluang kepada  pelajar-pelajar   dan tenaga  mahir di  UPSI  untuk  membantu  perkembangan  sukan memanah di peringkat  akar  umbi.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI