Oleh: Noraini binti Aminuddin (FPE)
Tanjong Malim – Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja delegasi dari Universitas Sarjanawiyata Tamansiswa (UST) pada 11 Julai yang lalu.
Delegasi seramai 22 orang yang hadir diketuai oleh Timbalan Pengarah, Dr. Ari Setiawan bersama lima orang pihak pengurusan dan kakitangan serta 17 orang wakil pelajar UST disambut baik oleh pihak FPE yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Lawatan ini bertujuan bagi membincangkan aktiviti jalinan dan jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak seperti seminar/exchange students, attachment, kolaborasi penyelidikan dan penerbitan artikel, penulisan jurnal, conference, matching geran, profesor pelawat dan kelas dalam talian.
Sesi Menandatangani Letter of Intent (LOI)
Jaringan kolaborasi di antara FPE dan UST telah dimeterai dengan sesi menandatangani Letter of Intent (LOI) yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) UPSI sekitar jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.
Jom tonton video sekitar kunjungan Universitas Sarjanawiyata Tamansiswa, Yogjakarta Indonesia ke FPE, UPSI: