21 Ogos 2023- Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia berkesempatan menjadi tuan rumah kegiatan sharing learning 100 mahasiswa postgraduate Universitas Swadaya Gunung Jati (UGJ). Ini merupakan titik tolak kolaborasi antara UPSI dengan UGJ yang diwujudkan dalam majlis tandatangan LOI Bersama Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, Prof Madya Dr Abdul Talib Mohamed Hashim dan Pengarah Pusat Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi Prof. Dr Nordin Mamat. Hadir dalam majlis ini Direktur SPs UGJ Prof. Dr. Hj. Ida Rosnidah M.Ak. CA. dan Wakil Direktur SPs UGJ Dr. IPIK PERMANA, M.SI.
Dekan FPM menyambut baik kedatangan tetamu-tetamu seramai 100 orang. Beliau mengharapkan kerjasama ini diharapkan membawa manfaat yang luar biasa terhadap kedua belah pihak terutama kepada pascasarjana UGJ. Kedatangan SPS UGJ bukan hanya untuk melaksanakan mendatangi LoI namun melaksanakan kolaborasi melalui International Joint Seminar UPSI-UGJ.
Program International Joint Seminar ini dilaksanakan di Bilik Seminar Aminuddin Baki, Seminar Zaaba dan Bilik Smilasi Pedagogi CPRI, Fakulti Pembangunan Manusia. Antara yang terlibat dengan Seminar adalah pelajar-pelajar Sarjana Matematik 19 orang, Sarjana Pengurusan 29 orang, Sarjana Pentadbiran AWam 18 orang, Sarjana Pendidikan Bahasa Indonesia 6 orang dan Sarjana Undang-undang 18 orang.
Bersama yang hadir dalam program ini adalah Kaprodi dan sekprodi Pendidikan Bahasa Dr. Yusida Gloria dan Tri Pujiatna, M.Pd. Kaprodi pend Matematika Dr. SURYA AMAMI, M.Si.; kaprodi dan sekprodi magister manajemen Dr. H.kartono, M.Si. dan Dr. Aang Curatman,MM. Juga Kaprodi magister administrasi publik Haryo,M.AP.
Program Kerjasama merangkumi pengembangan kerjasama di bidang akademik, dan penyelidikan, perbandingan program pengajian, pertukaran pelajar dan program mobility.
Di samping itu, Fakultas Pendidikan dan Sains Universitas Swadaya Gunung Jati juga mengadakan kerjasama Universitas Pendidikan Sultan Idris iaitu menadatanagi LOI Bersama FPM dan CPRI. Hadir dalam program ini adalah Dekan FPS UGJ Dr. H. Endang Herawan,MM.; Kaprodi Pendidikan Matematik Dr.Hj. Neneng Aminah, am.Pd. dan pensyarah Dr. M. Subali Noto, M.Pd. Dr. Surya Amami P, M.Pd. Dr. H. Wendi Kusriandi, M.Pd. Dr. Yusida Gloria dan Tri Pujiatna, M.Pd.
Kedatangan FPS UGJ akan terus melaksanakan kolaborasi melalui penyelidikan bersama yang akan dijadualkan dalam tempoh terdekat.