Tanjong Malim : Program Mobiliti Tanpa Kredit (Inbound) Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI dengan Thaksin University, Thailand adalah sebagai inisiatif untuk memberikan platform suai kenal secara antarabangsa dalam kalangan para pelajar dan pentadbir daripada kedua-dua universiti.

Sehubungan itu. Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Unievrsiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berbesar hati menerima delegasi dari Thaksin University, Thailand yang terdiri daripada 7 orang  pensyarah dan 33 orang mahasiswa dalam pelbagai bidang sains sukan.

Program berlangsung selama 7 hari 8 malam bermula pada 6 Ogos sehingga 12 Ogos 2023 telah diketuai oleh Penyelaras IMC FSSK dan dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Buddies FSSK dan kakitangan FSSK.

Sepanjang tempoh program berlangsung, pelbagai aktviiti telah dijalankan seperti Strength and Conditioning Workshop, Friendly Match Bola Tampar dan Futsal di Antara Warga FSSK dan TSU, Jungle Trekking And Waterfall Expedition, Rafting, Muay Thai Session, Basic Sport Massage Workshop, Kayaking dan Dragon Boat, lawatan ke Muzium Pendidikan Nasional, Perpustakaan Tuanku Bainun, Youth Roundtable Symposium, dan diakhiri dengan lawatan ke Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jungle Trekking
Aktiviti Muay Thai
Aktiviti Rehabilitasi
Roundtable Symposium
Sesi permainan bola tampar
Perlawanan futsal

Dalam pada itu turut diadakan Konsert Warisan Serumpun Antarabangsa Madani Nusantara UPSI – TSU 2023 yang dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat (BKK), UPSI yang dihadiri oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff. Tujuan diadakan majlis makan malam ini adalah ingin mengeratkan tali silaturahim dan pertukaran budaya antara dua negara Malaysia dan Thailand. Persembahan konsert nyanyian pada malam tersebut terdiri daripada beberapa orang pensyarah dan pelajar UPSI dengan diiringi band muzik daripada  Pusat Kebudayaan, UPSI.

Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff

“Tahniah kepada semua pihak yang mengambil pendekatan dan inisiatif untuk melaksanakan program ini terutama Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK),UPSI. Program ini adalah salah satu KPI yang telah ditetapkan oleh UPSI dalam melaksanakan program Inbound dan Outbound. Program ini juga memberi ruang kepada pelajar untuk membina rangkaian jaringan untuk  kolaborasi di peringkat antarabangsa”.

Dekan FSSK, Dr. Jaffry Zakaria

”Pelaksanaan program ini dapat membantu universiti ke arah mencapai KPI antarabangsa menerusi program berbentuk mobiliti inbound dan outbound dan amat berharap agar program outbound pada bulan Oktober 2023 yang disertai oleh pelajar FSSK akan dapat dilaksanakan”.

Penyelaras Mobiliti  FSSK, Dr. Nor Fadila Kasim

“Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif untuk memberikan platform suai kenal secara global  dalam kalangan para pelajar dan pentadbir daripada kedua-dua universiti. Program ini juga membantu menaikan ranking university di rantau asia tenggara”.

MPP FSSK, Muhammad Afiq Ikhmal bin Suhaimi

“Pelaksanaan program ini adalah langkah pengenalan dalam menjalinkan hubungan yang lebih erat dan lebih banyak program boleh dirancang pada masa akan datang”.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)