Oleh: Muhammad Alif Bin Syafizan
THAILAND, 15-19 OKTOBER – Bagi mendokong hasrat universiti untuk memperkenalkan Bahasa Melayu pada masyarakat antarabangsa, Unit Kediaman Luar Kampus, UPSI dengan kerjasama Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC) serta Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) baru-baru ini telah menganjurkan program Empire Journey 3.0 Learn and Explore di wilayah Krabi, Thailand. Program ini diadakan di Thailand kerana pihak Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah menerima jemputan daripada Islamic Integrated School untuk menganjurkan aktiviti di sekolah Patanasat Wittaya School.
Seramai hampir 30 orang pelajar daripada sekolah Patanasat Wittaya dan 15 orang mahasiswa UPSI telah menyertai program ini dengan diketuai oleh Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus Dr. Che Ghani bin Che Kob.
Profesor Madya Dr. Che Ghani bin Che Kob diiringi pengarah program memberi plak cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pengetua sekolah Patanasat Wittaya School.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Bahasa Melayu kepada masyarakat Thailand terutamanya pelajar-pelajar sekolah tersebut di samping mengeratkan lagi hubungan dua hala dalam bidang pendidikan antara dua negara. Program ini berlangsung dengan jayanya di sekolah tersebut dengan beberapa aktiviti kesukarelawanan yang telah dilakukan seperti pengenalan asas kepada Bahasa Melayu, penanaman pokok disekitar kawasan sekolah dan penyerahan bantuan makanan kepada keluarga asnaf yang disumbangkan oleh pihak UCTC.
Antara pelajar UPSI dan pelajar sekolah yang bersama dalam pemberian sumbangan makanan kepada keluarga asnaf
Program ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr.Che Ghani bin Che Kob, Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus. Belia berkata “Dengan terlaksananya program seperti ini, pihak UPSI berharap agar hubungan antara Malaysia dan Thailand dapat dieratkan lagi menerusi pertukaran Bahasa seperti yang telah dilaksanakan di Uzbeskistan State World Languages University dan School of Oriental and African Studies (SOAS)”.
Program ini telah memberi impak yang besar kepada UPSI khususnya kerana telah berjaya mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Thailand, program ini juga dapat melatih pelajar UPSI kemhairan mengajar dan juga kemahiran mengursuskan organisasi dan kebolehan berkomunikasi dengan pihak luar. Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang agar dapat memberi manfaat kepada semua golongan terutamanya pelajar Universiti
Pendidkan Sultan Idris (UPSI). Ia juga diharapkan dapat merapatkan lagi silaturahim
antara pelajar dan barisan bertanggungjawab UKLK.
Profesor Madya Dr.Che Ghani bin Che Kob, Pengetua UKLK memberikan penerangan secara terperinci berkaitan dengan tujuan program.