Oleh: Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi

Tanjong Malim: Sudah menjadi kewajipan apabila istiadat konvokesyen dihiasi dengan persembahan-persembahan yang memukau dengan iringan lagu dan melodi orkestra yang mempesonakan.

Majlis Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sesi kelapan digamatkan dengan persembahan ‘comel’ dari 11 orang kanak-kanak Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) berumur lima dan enam tahun.

Penyelia Tadika Bitara, Mohamad Nor Zakuan Abdul Rashid menceritakan dimana pihak NCDRC menerima jemputan dari pihak Fakulti Muzik dan Persembahan UPSI dimana mereka ingin menjemput beberapa orang kanak-kanak untuk membuat persembahan di istiadat konvokesyen UPSI.

“Pihak mereka (FMSP) ada menghubungi kami untuk mengajak kanak-kanak untuk membuat persembahan nyanyian. Ada kira-kira sebulan sebelum mereka menghubungi pihak kami dan ini adalah peluang terbaik untuk menunjukkan kebolehan kanak-kanak NCDRC.” Katanya.

Beliau juga menambah bahawa kesempatan ini tidak mungkin ditolak kerana ini membuktikan bahawa apa sahaja peluang yang boleh mengetengahkan bakat dan kemampuan kanak-kanak perlu diambil supaya segala potensi yang ada dalam diri kanak-kanak dapat dilihat dan diserlahkan di khalayak ramai.

Ia juga mampu melatih keberanian dan keyakinan kanak-kanak untuk tampil kehadapan dan menunjukkan kemahiran dan kemampuan diri mereka.

Ini juga menunjukkan NCDRC sentiasa menyokong segala program yang berkaitan dengan kanak-kanak selagi mana ia mampu memberi impak yang besar dalam pendidikan dan diri mereka sendiri.

Dalam persembahan ini, kanak-kanak NCDRC akan diduetkan bersama mahasiswa UPSI dan menyanyikan lagu 1,2,3,4 nyanyian Aris Ariwatan diiringi  muzik orkestra yang memukau dan meriah.

Pemilihan lagu ini adalah untuk memupuk sifat menghormati ibubapa diatas pengorbanan mereka untuk sentiasa memberikan segala yang terbaik demi masa depan anak-anak mereka.

Sepanjang latihan, kanak-kanak ini dilatih oleh kesemua pendidik Tadika Bitara NCDRC dengan bantuan dari pihak FMSP untuk memantapkan lagi paduan suara dan gaya kreatif.

Pengarah NCDRC, Prof Madya Dr Mazlina Che Mustafa menzahirkan sifat bangga dan syukur kerana kanak-kanak NCDRC diberi tempat untuk mereka menonjolkan bakat dan potensi.

“Syukur Alhamdulillah apabila pihak NCDRC menerima jemputan persembahan lebih-lebih lagi di istiadat konvokesyen. Menjadi sebuah sejarah untuk kanak-kanak ini kenang apabila mereka sudah beranjak dewasa. Ini juga akan membawa kenangan manis dan menjadi batu loncatan untuk mereka juga dapat menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan.” Katanya.

Kanak-kanak perlu diberikan ruang dan peluang untuk mereka belajar melalui pengalaman supaya apa yang mereka lalui akan diingat dan menjadi sesuafu pembelajaran berharga untuk mereka bawa dalam kehidupan mereka kedepan.

UPSI dan NCDRC khususnya akan terus menjadi pintu kesuksesan dunia pendidikan negara selari dengan visi misi kementerian untuk melahirkan pelajar yang cemerlang secara holistik dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)