Oleh: P.C. Tay

Tanjung Malim – Bagi mengiktiraf dan menggalakkan kepada mahasiswa yang telah berusaha menunjukkan kecemerlangan yang holistik dan kompeten masing-masing selain daripada bidang akademik, Seksyen Pembangunan Sahsiah di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar (AKP) dan Anugerah Penasihat Badan Pelajar (APBP) 2022/2023 pada 10 Januari 2024 di Dewan Tuanku Canselor. Acara ini merupakan acara tahunan universiti dan seramai 58 orang mahasiswa dan 14 orang kakitangan menyertai acara tersebut pada tahun 2023.


Pelaksanaan AKP dan APBP bukan sahaja menekankan pembangunan pelajar dalam kemahiran insaniah, tetapi pada masa yang sama turut memberi pengiktirafan kepada sumbangan dan kepimpinan kakitangan dalam usaha membangunkan sifat kepimpinan modal insan dalam kalangan mahasiswa. Majlis ini turt dirasmikan oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff dan beliau memberi penghargaan kepada para mahasiswa yang telah berjaya mencapai pencapaian yang cemerlang serta mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
“Setiap anugerah, setiap keterlibatan, dan setiap peluang yang diterima hendaklah dijadikan pendorong untuk terus meningkatkan prestasi dan reputasi UPSI di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.


Beliau juga menyatakan bahawa penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah bukan sahaja dapat mengeksploitasi ponteng dan bakat mahasiswa tetapi juga dapat melahirkan mahasiswa yang berkualiti, berdaya saing, kreatif dan inovatif untuk menghadapi cabaran di dunia realiti.
Dalam ucapan beliau turut menyarankan kakitangan dan seluruh warga universiti supaya memberi sokongan yang sepenuhnya kepada mahasiswa untuk menjalankan dan memperoleh pengalaman kokurikulum yang pelbagai. Beliau turut percaya dengan adanya usaha dan sokongan tersebut, generasi mahasiswa yang peka terhadap isu-isu semasa, sifat kepemimpinan yang tinggi, menyumbang tenaga dalam usaha pembangunan masyarakat termasuk menjadi pemimpin negara pada akan datang pasti akan dilahirkan.


Beliau turut berharap program sebegini harus diteruskan dan tidak hanya terhad kepada peringkat universiti, malah juga di peringkat fakulti bagi meneruskan kecemerlangan dan kejayaan mahasiswa pada masa akan datang.


Sementara itu, penghargaan turut diberikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Norkhalid bin Salimin kepada semua ahli jawatankuasa AKP dan APBP 2022/2023 yang terdiri daripada mahasiswa dan kakitangan kerana telah menunjukkan komitmen yang penuh dalam menjayakan majlis ini. Beliau turut berkata, usaha mencapai sesuatu kejayaan, tiada jalan singkat untuk berjaya, tiada jalan mudah untuk bahagia, tiada jalan senang untuk gembira, tetapi semua memerlukan usaha dan tangisan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)