Bachok- Kejohanan Sukan antara Pusat Sukan (SUPSAT) ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dengan Kerjasama Pusat Sukan UMK bagi edisi tahun 2024. Kejohanan SUPSAT ini telah berlangsung pada 23 hingga 24 Februari lalu di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok.
Hari pertama kejohanan telah dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh Pusat Sukan UMK kemudian diikuti dengan Majlis Perasmian SUPSAT 2024 yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah di Astaka Pusat Sukan UMK.
Pembukaan tirai Kejohanan SUPSAT 2024 dimulakan dengan sukan Woodball, Sepak Penalti dan Tenpin Bowling. Kontinjen Pusat Sukan UPSI mengambil bahagian dalam sukan Tenpin Bowling dan Sepak Penalti. Hari kedua di mana sukan Petanque dan Dart berlangsung sebelum berlabuhnya tirai Kejohanan SUPSAT 2024. Kontinjen Pusat Sukan UPSI berjaya merangkul pingat perak dalam sukan Dart.
Kejohanan SUPSAT melabuhkan tirainya dengan Majlis Makan Malam Kejohanan Sukan antara Pusat Sukan sekaligus Majlis Penyampaian Hadiah kemenangan yang telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal EHwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok.
SUPSAT merupakan anjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dengan Kerjasama UMK selaku tuan rumah bagi edisi kali ini. Tahniah kepada kontinjen Pusat Sukan UPSI yang telah bekerja keras serta berusaha untuk memberi saingan kepada universiti-universiti lain dalam setiap acara yang telah dipertandingkan.