Oleh: Aida Najwa Zahidan & Ahmad Shazwi Ahmad Shukri

Tanjong Malim – Pusat Kaunseling UPSI telah mengadakan satu program pengisian bersempena bulan Ramadan pada 15 Mac lalu. Bersempena bulan Ramadan, pengisian penjagaan emosi menjadi salah satu agenda yang selari dengan pengisian kerohanian sepanjang bulan yang mulia ini. Program kali ini telah menampilkan Pegawai Psikologi (Kaunseling) dari Kementerian Kasihatan Malaysia (KKM), Muhammad Khairul Amin bin Alias. Program telah diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom Pusat Kaunseling telah disertai seramai 190 orang mahasiswa.

Program Mental Health Advocates pada siri kali ini bertujuan memberikan input dan pengetahuan mengenai cara penjagaan diri kepada pelajar UPSI terutamanya sepanjang bulan Ramadan. Bulan Ramadan juga dikenali sebagai bulan ibadah, oleh itu pengisian yang dijalankan lebih berbentuk kepada pengisian rohani bagi mengimarahkan lagi amalan kebaikan yang perlu dilakukan dalam mengejar kelebihan sepanjang bulan mulia ini. Dalam melaksanakan ibadah, penjagaan mental juga akan dapat dirasai dalam masa yang sama. Pemikiran yang tenang dan tidak celaru dapat memberikan fokus yang maksimum dalam pelaksanaan ibadah. Mahasiswa yang menyertai program ini berpeluang untuk mendengar perkongsian daripada pihak pakar, dan terlibat terus dalam sesi soal jawab secara terus bersama panel yang dijemput.

Pendedahan cara relaksasi yang betul
Pendedahan cara bertenang semasa serangan panik

Program ini juga memberikan contoh dan gambaran sebenar kawalan emosi, dan daya tahan terutamanya sepanjang bulan Ramadan. Dalam pengkongsian yang diberikan oleh En Khairul, beliau telah memberikan beberapa tips yang boleh digunakan oleh mahasiswa seperti teknik relaksasi. Pelaksanaan teknik ini secara betul juga perlu bagi memastikan output hasil daripada teknik ini dapat memberikan kesan yang diinginkan. Pelbagai teknik dan cara sering dikongsikan oleh individu – individu tertentu menerusi media sosial, walau bagaimanapun, jika mahasiswa tidak mengetahui bagaimana untuk mengaplikasinya dengan betul output yang diterima mungkin tidak sebaik dan tidak mampu memberikan kesan. Melalui perkongsian ini juga memberikan kesedaran kepada peserta kepentingan untuk mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian terutamanya sepanjang bulan Ramadan.

Program ini telah berjaya membantu mahasiswa yang terlibat untuk mengenal pasti emosi diri dan mendedahkan cara untuk menjaga emosi diri dengan baik terutamanya dalam bulan Ramadan ini kepada mahasiswa yang menyertai. Teknik relaksasi dan Grounding Technique yang didedahkan oleh panel amat membantu peserta tentang cara menghadapi dan membantu dalam menghadapi serangan panik. Perkongsian ini telah memberikan ilmu baharu kepada mahasiswa untuk menghadapi setiap permasalahan dengan cara yang betul supaya dapat menjamin kesejahteraan. Diharapkan program ini dapat memberikan impak yang mendalam kepada semua peserta, dan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang bagi memberikan pendedahan dan input yang berguna kepada mahasiswa UPSI secara khususnya, dan masyarakat secara amnya.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)