Oleh: Mohamad Naqiuddin & Nur Sabrina

Slim River – Pelajar Tahun 1 menerima inisiatif bantuan persekolahan seperti beg sekolah dan alat tulis sebagai motivasi kepada pelajar yang baharu memasuki alam persekolahan dalam meringankan beban ibu bapa mereka. Selain sumbangan persekolahan diberikan aktiviti penjagaan kebersihan diri juga diadakan bagi menggalakkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dari sebarang penyakit. Program ini menyokong saranan Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan bahawa minggu pertama persekolahan diisi dengan aktiviti yang dapat mewujudkan ekosistem menyeronokkan di sekolah.

Sehubungan dengan itu, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Program Back to School 2024 dan Jom Sihat Madani @ASLI berkolaboratif dengan Pejabat Kesihatan Daerah Muallim dan Yakult Malaysia. Program ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Slim River pada 14 Mac lalu. Program ini juga menyokong SDGs ke-3 iaitu untuk memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur.

Ikon Gigi, Pn Aiza memberikan demonstrasi tatacara menjaga gigi

Sepanjang program berlangsung terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik kepada pelajar seperti cara penjagaan gigi dan tangan yang betul. Selain itu, pameran pendidikan kesihatan pemakanan dan juga saringan kesihatan secara percuma kepada komuniti yang terdiri daripada ibubapa dan masyarakat setempat dilakukan.

Wakil Yakult Malaysia memberikan penerangan minuman probiotik kepada murid

Syarikat Yakult Malaysia juga tidak melepaskan pelung untuk memberikan pendedahan kepada murid sekolah berkenaan minuman probiotik keluaran mereka sendiri yang dapat membantu sistem imunisasi badan. Majlis Penutup diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah Muallim, Hamizah Abdul Hamid, Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah, Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Dr. Muhammad Ridhwan Sarifin, Felo Penasihat Program, Mohd Shah Md Nor, Guru Besar SK Pos Bersih, Nur Nabila Ezzaty Nor Rizlan, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Yakult Malaysia, Dr. Dharshini, Pegawai Perubatan Daerah Muallim dan Tok Rozi A/L Gaharai, Tok Batin Gesau.

Majlis Penutup Program Back to School & Jom Sihat Madani @ ASLI

Dalam ucapan perasmian, Hamizah Abdul Hamid berkata “Untuk Jabatan Pendidikan Negeri Perak, dalam hala tuju pendidikan, terdapat satu inisiatif iaitu ‘Sekolah Milik Masyarakat’. Jadi pada saya, program ini sangat bersesuaian kerana Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah-sekolah amat mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan kami bagi membantu pendidikan anak-anak di daerah Muallim”.

Pegawai Pendidikan Daerah, Pn Hamizah turut menyatakan rasa terujanya untuk menyampaikan kepada Datuk Pengarah Pendidikan Negeri Perak bahawa inisiatif beliau iaitu Sekolah Milik Masyarakat telah berjaya dilaksanakan di SK Pos Bersih.

Menurut Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah, Pengetua Kolej Harun Aminurrashid pula berkata “Program pada hari ini dapat melahirkan rasa tanggungjawab sosial dalam diri setiap AJK Pelaksana terhadap masyarakat setempat sesuai dengan peranan UPSI sendiri. Setidak-tidaknya, dengan adanya UPSI, UPSI boleh menyumbangkan sesuatu pada masyarakat setempat”.

Guru Besar SK Pos Bersih, Mohd Shah Md Nor menzahirkan rasa syukur kerana program Back to School & Jom Sihat Madani @ASLI berjaya dilaksanakan. Harapan beliau juga adalah agar program ini juga dapat meningkatkan rasa tanggungjawab dalam diri murid akan pentingnya penjagaan kesihatan bagi mengelakkan sebarang penyakit yang berbahaya dan juga memupuk hubungan dengan masyarakat.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)